Archives

Tenanglah Di Sana Wahai Adib

Sayu rasa di hati apabila mendapat berita saudara Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia pada 17 Disember 2018 jam 9.41 malam.

Bertabahlah wahai ahli keluarga sesungguhnya Allayarham pergi dalam keadaan yang mulia dan disanjung tinggi.

Membaca status ini juga mungkin membuatkan kita termenung seketika – merenung kembali amalan kita sebagai bekalan persiapan kita di sana.

Semoga keadilan tertegak buatmu Adib. Tenanglah di sana menemui Rabbul Jalil.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu.

Sumber

  1. Faris Fuad, BH Online. Adib meninggalkan kita.

Cubaan

Bismillah – 1, 2, 3. Cubaan. Cubaan.

Ini adalah blog kedua berbahasa Melayu saya selepas PakarBisnes.com. Ya- sudah bersawang blog itu ketika ini. Jangan ditanya kenapa saya buka blog ini pula.

Satu keinginan yang tinggi (mungkin juga kedegilan) untuk membuka juga satu blog untuk menulis rasa. Seringkali saya ingin menulis pandangan yang bermain di minda. Namun seringkali keinginan itu dibatasi niche dan juga limitasi keperluannya.

Di sini saya akan menulis pelbagai cerita. Saya bukan siapa-siapa tetapi saya suka menulis. Ya benar blogging is poetry!

Semoga bermanfaat buat anda yang membacanya!