Archives

Jom Undi: Liga Malaysia ke FIFA 20

Setiap tahun laman web komuniti FIFPlay mengadakan undian untuk melihat liga bolasepak tempatan yang akan dimasukkan ke judul permainan FIFA yang seterusnya. Hasil undian akan disampaikan kepada EA Sports untuk dipertimbangkan masuk ke judul permainan video FIFA yang seterusnya.

Kali ini undian kembali lagi untuk FIFA 20. Liga Malaysia ada di dalam senarai undian. Apa yang menarik ialah ketika artikel ini ditulis, Liga Malaysia (Malaysian League) sedang mendahului dengan 80,493 undian (19%) diikuti oleh Liga Indonesia dengan 70,118 undian (17%).

Sekiranya trend ini berterusan dan Liga Malaysia dimasukkan ke dalam siri permainan video FIFA ini, memilih dan mengendali pasukan & pemain bolasepak kesayangan di liga tempatan kita sendiri akan menjadi satu realiti.

Jadi jangan tunggu lagi, jom ramai-ramai undi untuk Liga Malaysia dimasukkan ke FIFA 20 melalui link ini – https://www.fifplay.com/fifa-20-leagues-vote/

* Orang kita memang suka hal-hal mengundi ni =)

Yeay! iFlix Percuma Selama Setahun untuk Pengguna UniFi

iFlix adalah satu platform di mana anda boleh menikmati pelbagai filem dan siri TV tempatan mahupun antarabangsa.

Berita baik.. bermula hari ini, pengguna UniFi boleh menikmati perkhidmatan iFlix secara percuma untuk tempoh setahun.
Baca Lagi →