IMKK Disember 2015

Alhamdulillah saya dan isteri tercinta telah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan sesi Disember 2015 di IDCC Shah Alam dari 11 hingga 13 Disember 2015.

Alhamdulillah.. sekali lagi syukur. Syukur dengan apa yang kita ada (the power of syukur), itu satu dari 21S untuk berjaya.

Asalnya saya tiadalah berminat sangat dengan program-program yang berbentuk “seminar”.. saya skeptikal kerana minda dahΒ diset kepada betapa bosannya kem-kem motivasi di sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti. Sudahlah bosan ketika seminar, nangis-nangis sikit kemudian makan-makan dan bersurai. Kemudian? Tiada result.

Sehinggalah isteri saya bersemangat mengajak saya ke IMKK ni.. Subhanallah memang ada hikmahnya.

Ini lain, memang lain. Dan saya dah faham kenapa ada yang sampai berdiri atas kerusi. SWITCH!

Sepanjang 3 hari program, banyak benda yang telah saya pelajari dari Dr. Azizan Osman.. bagaimana untuk menetapkan matlamat dan halatuju kita hinggalah kepada membetulkan hubungan kita dengan Allah SWT. Astaghfirullah.. banyak benda yang perlu saya perbetulkan. Diri kita mesti mengenal diri kita. Dan kita mesti berhubung dengan asalnya diri kita (source).

Kita mesti ada matlamat yang sejelas-jelasnya, dan mesti fokus ke arah matlamat itu. Mesti disiplin. InsyaAllah semoga istiqamah.

Sebenarnya sebelum ini saya banyak baca macam-macam komen mengenai program-program Richworks dan Dr. Azizan Osman cuma belum terdetik untuk menghadiri sendiri program. Ada beli beberapa buah buku Dr. Azizan tapi memang tak sama dengan dengar sendiri dari orangnya. Memang environment yang sangat positif, semua yang datang sangat positif untuk berjaya dalam hidup. Nak tahu best atau tidak, kena hadir sendiri ke IMKK.

Next target: MMM, RKMJ, TLM, MYB & RYRR

InsyaAllah ilmu yang diperolehi dari IMKK akan saya gunakan sebaiknya untuk diri saya dan juga untuk memberikan manfaat kepada orang lain InsyaAllah. Masanya untuk bertindak luar biasa –Β fast action fast result!

I AM A MONEY MAGNET!

0 comments… add one

Leave a Comment