Menonton Liga Super 2018 di Unifi

Nasrul HanisSukan Leave a Comment


Apabila keluar berita yang perlawanan Liga Super 2018 akan ditayangkan di Unifi, saya antara peminat yang gembira. Bermula tahun ini sehingga tahun 2025, Unifi akan menjadi penaja bagi saingan Liga Super, Piala Malaysia serta penaja bersama bagi Piala FA. Tambahan pula saya adalah seorang pengguna sedia ada Unifi.

Antara perkara yang terasa kekurangannya pada musim-musim yang lalu ialah tidak semua perlawanan boleh ditonton secara langsung. Mungkin ada yang mengatakan jika nak tengok semua perlawanan pergilah ke stadium tapi banyak kekangan juga untuk ke stadium menonton perlawanan.

Musim ini sebagai peminat saya berasa gembira – semua perlawanan ada siaran langsung di saluran yang telah ditetapkan. Selain menonton perlawanan Kedah FA saya juga gemar menonton perlawanan lain termasuklah Liga Premier.

Perkara kedua yang menggembirkan ialah hak penyiaran yang akan diagih kepada seluruh pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan juga Liga Perdana.

Siaran berkualiti tinggi. Diharap para pemain meneruskan persembahan terbaik untuk musim ini. Bukan setakat gol yang kita mahu tonton, tetapi taktikal dan juga mentaliti permainan yang menjadi nilaian peminat bolasepak tanahair.

Terima kasih FAM, FMLLP dan Unifi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *