Parlimen Ke-14 Dibubarkan Hari Ini

Nasrul HanisNegara, Uncategorized Leave a Comment

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa pada hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun begitu kita masih menantikan samada Dewan-dewan Undangan Negeri akan turut sama dibubarkan dan diadakan serentak bersama PRU15 ini, memandangkan tempoh mandat kebanyakan negeri hanya akan berakhir pada tahun depan kecuali Sabah, Sarawak, Johor & Melaka yang baru sahaja mengadakan Pilihanraya Negeri masing-masing.

Setelah itu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menentukan tarikh-tarikh penting seperti tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

PRU15 ini adalah Pilihanraya kali pertama yang melibatkan pendaftaran pemilih secara automatik serta pengundi yang telah mencapai usia 18 tahun dan ke atas (sebelum ini 21 tahun dan ke atas).

Undi adalah hak kita sebagai rakyat untuk menentukan mereka yang akan mewakili kita di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen seterusnya menentukan pihak mana yang akan diangkat untuk menubuhkan kerajaan negeri dan persekutuan untuk mentadbir selama maksimum 5 tahun.

Justeru marilah kita sama-sama turun pada hari pengundian yang akan ditentukan tarikhnya nanti.

Anda boleh menyemak semakan daftar pemilih untuk melihat kawasan pengundian DUN dan Parlimen anda di halaman MySPRSemak. Terima kasih.

Ads by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *