PRU14: Selesai Mengundi

Nasrul HanisNegara Leave a Comment

Alhamdulillah selesai mengundi pagi tadi untuk Pilihanraya Umum Ke-14.

Saya dan ayah keluar dari rumah seawal 7.15 pagi dan memasuki pusat pengundian di SMK Syed Abu Bakar Kupang pada 7.45 pagi. Antara yang beratur di hadapan namun anggota polis yang bertugas meminta laluan diberikan kepada ibu-ibu yang membawa anak kecil. Satu keputusan yang wajar memandangkan mereka ada kesukaran untuk beratur.

Nama disemak, jari dicelup dengan dakwat kekal sebelum kertas undi diambil. Masuk ke ruangan mengundi.. Bismillah.. ruang pada kotak calon pilihan hati pun dipangkah.

Keluar dari bilik mengundi, di luar sudah beratur panjang. Pulang ke rumah untuk ambil emak yang akan mengundi di Batu 7. Suasana meriah disaksikan sepanjang perjalanan. Rakyat jelata teruja untuk mengundi bagi menentukan kepimpinan negeri dan negara untuk 5 tahun akan datang.

Menelusuri timeline Twitter dan nampaknya keadaan meriah di seluruh negara. Barisan pengundi yang beratur masih panjang dan dari perkongsian berita – ada pengundi yang menanti di pusat pengundian seawal jam 6 pagi. Saya kagum dengan semangat ini. Dalam arus maklumat kini, semakin ramai yang memahami kuasa rakyat sebagai pengundi.

Semoga hasil Pilihanraya Umum ke-14 ini adalah yang terbaik untuk negaraku yang tercinta ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *