Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    Crochet: Hobi Unik & Kreatif

    Nasrul HanisNasrul HanisMarch 21, 2018No Comments2 Mins Read

    Seperti yang kita tahu mengait ialah satu aktiviti mencipta fabrik dengan menggunakan benang kait dan jarum kait. Seni krusye (crochet) pula adalah kemahiran mengait dengan menggunakan sebatang jarum sahaja.

    Perkataan crochet datang dari perkataan Perancis croche yang bermaksud ‘cangkuk’ (hook). Seni crochet ini telah lama wujud dalam lipatan sejarah. Walaupun begitu tiada bukti kukuh akan asal usul pengamalannya sebelum crochet ini mula popular di Eropah sekitar era 1800.

    Untuk crochet ini ada 2 elemen: benang kait dan jarumnya. Kemudian anda mesti ada kemahiran, kreativiti dan kesabaran (ini saya tak mampu. hehe). Justeru bukan mudah sebenarnya untuk anda menjadi seorang crocheter yang mampu mencipta hasil yang menarik dan berkualiti. Crocheter tegar biasanya akan bawa bersama benang kait dan jarumnya bersama mereka ke mana-mana. Asalkan ada peluang & ruang masa mesti ada projek crochet yang nak disiapkannya.

    Antara hasil menarik crochet

    Aktiviti ini bukan khusus untuk kaum hawa sahaja ya. Malah ada juga sumber yang menyatakan kebanyakan pakar sejarah percaya seni mengait dimulakan oleh kaum lelaki. Entah apa yang dikait oleh para lelaki pada zaman permulaan itu.

    Saya mula tertarik dengan hasil crochet ini apabila melihat hasil tangan kakak ipar saya yang juga seorang crocheter. Pelbagai produk telah dihasilkan seperti kopiah, kasut dan bekas botol air. Memang cantik dan nampak selesa dipakai. Baru-baru ini juga telah diadakan kelas mengait bekas botol air ripple di RTC Bukit Kapar. Alhamdulillah berlangsung dengan meriah dan santai.

    Kelas Mengait Botol Air Ripple di RTC Bukit Kapar

    Saya melihat crochet ini suatu seni yang memupuk kesabaran dan membina kreativiti. Hasilnya pula boleh dinikmati samada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijual. Justeru boleh menjadi satu sumber pendapatan untuk mereka yang meminatinya.

    Hasil & aktiviti crochet boleh anda lihat dengan melayari page Crochet Gift by Warisah.Zuki

    Rujukan

    1. Fibre2Fashion.com. Crocheting and it’s origin. (http://www.fibre2fashion.com/industry-article/2777/crocheting-and-its-origin?page=1)
    2. The Spruce. Understanding The Differences Between Knitting and Crochet. (https://www.thespruce.com/differences-between-knitting-and-crochet-4077447)
    3. Yeo Li Shian, Kosmo! Online. Mengait sepenuh jiwa. (http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0701&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_01.htm)
    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Pertama Menyertai PEHAM Pickleball Championship 2026

    February 13, 2026

    Pentas Mega Hartanah 2026: Pengalaman, Kesedaran dan Strategi Saya Sebagai Ejen Hartanah

    February 9, 2026

    Negotiator Certification Course (NCC) di Sungai Petani, Kedah – Peluang Terbaik Untuk Bakal Perunding Hartanah

    March 9, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.