Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Sukan

    Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani Juara Terbuka Jepun 2024

    Nasrul HanisNasrul HanisAugust 25, 2024No Comments1 Min Read

    Beregu badminton lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menampilkan aksi cemerlang untuk memenangi kejuaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2024.

    Pasangan No.12 dunia itu mengalahkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15 pada aksi final di Yokohama Arena sebentar tadi.

    Menang 21-19 pada set pertama, Sze Fei-Izzuddin terus bersemangat pada set kedua apabila dia tidak membenarkan pemain lawan menyerang sebelum menang 21–15.

    Mereka mendapat kemenangan ini untuk kali pertama dalam hampir setahun selepas memenangi kejohanan Abu Dhabi Masters pada Oktober tahun lalu.

    Ini adalah kali pertama beregu lelaki negara menjadi juara Terbuka Jepun sejak Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng pada 2002.

    Ini adalah penampilan terakhir Sze Fei-Izzuddin untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan pengumuman oleh badan induk bahawa beregu nombor 12 dunia itu akan bermula sebagai pemain profesional pada 1 September ini.

    Tahniah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Piala Dunia FIFA 2026 Akhirnya Bermula: Saat Yang Dinanti-Nantikan Peminat Bola Sepak Seluruh Dunia

    June 12, 2026

    Dari Ketinggalan Kepada Juara: Ketenangan Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei Ukir Sejarah di Terbuka Indonesia 2026

    June 8, 2026

    An Se Young Buktikan Mengapa Beliau Layak Bergelar Nombor Satu Dunia

    June 6, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    • SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
    • Piala Dunia FIFA 2026 Akhirnya Bermula: Saat Yang Dinanti-Nantikan Peminat Bola Sepak Seluruh Dunia
    • Battery Health iPhone Dah 78%: Kenapa Saya Masih Belum Tukar Telefon Baharu
    • Kenapa Ada Yang Lebih Selesa Membeli Gajet Secara Dalam Talian Tetapi Tetap Mahu Ambil Sendiri Di Kedai?
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...