Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Blogging

    Masih Setia Bersama NetKL: Inilah Sebabnya

    Nasrul HanisNasrul HanisDecember 2, 2023No Comments2 Mins Read

    Sejak mula berblogging sekitar tahun 2008, saya telah menggunakan servis hosting dan domain dari NetKL. Seingat saya NetKL ini dicadangkan oleh seorang sahabat saya ketika mula-mula ingin belajar membina laman web dan seterusnya memasuki dunia blogging. Alhamdulillah sehingga kini saya masih setia menggunakan servis NetKL. Kebanyakan blog yang saya jalankan juga berada di bawah khidmat NetKL ini.

    Ini beberapa sebabnya.

    Harga Yang Berpatutan

    Ada pelbagai pakej di NetKL dengan harga yang berpatutan. Pakej ini disusun berdasarkan keperluan iaitu untuk Beginner dan Advanced Users serendah RM60 sahaja setahun. Pakej boleh dinaiktaraf dengan harga yang bersesuaian juga sekiranya lebih banyak saiz storan dan penggunaan lain diperlukan pada masa hadapan. Walaupun kini harga pakej kebanyakannya tidak lagi menyertakan domain percuma seperti dulu, pada saya harganya masih lagi berpatutan sesuai dengan ciri-ciri yang diterima.

    Khidmat Selepas Jualan Yang Bagus

    Khidmat ini amat kita perlukan apatah lagi bagi kita yang bukan pakar dalam sistem berkaitan hosting dan domain. Setelah selesai langganan hosting dan domain, ada masanya kita memerlukan bantuan untuk mula menggunakan sistem berkaitan hosting dan domain seperti Cpanel dan sebagainya. Pada mula-mula saya belajar untuk menyiapkan blog saya, khidmat selepas jualan dari NetKL inilah yang banyak membantu saya untuk mendapatkan pengetahuan asas yang saya gunakan sehingga ke hari ini untuk menyelenggara laman web saya.

    Respon Yang Pantas

    Adalah perkara yang biasa untuk laman web kita kadangkala menghadapai masalah teknikal tertentu dan perkara yang paling penting ketika saat-saat sebegitu ialah – respon yang pantas dari penyedia perkhidmatan hosting. Setakat ini respon dari pihak khidmat pelanggan adalah pantas dan saya tidak perlu menunggu lama untuk soalan saya dijawab.

    Layari NetKL untuk melihat tawaran terkini hosting dan domain yang tersedia.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...