Melayan Teriknya Sinaran Mentari

Nasrul HanisKesihatan Leave a Comment

Sebagai agensi yang terlibat dalam jualan projek perumahan baru, lawatan tapak adalah salah satu tugas yang perlu dilakukan. Ini juga adalah salah satu peluang untuk melihat sendiri perkembangan projek perumahan yang ditawarkan kepada prospek pembeli rumah. Maklumat hartanah untuk dijual boleh didapati dengan melayari laman Senarai Hartanah.

Kebiasaannya lawatan tapak akan dilakukan pada waktu pagi sekitar 10 pagi dan sudah tentunya kena juga melayan teriknya sinaran matahari.

Pendedahan kepada matahari boleh memberi manfaat, tetapi berjemur secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Masa terbaik untuk mendapatkan cahaya matahari adalah antara 10 pagi dan 3 petang, yang mengurangkan risiko kanser kulit melanoma malignan. Tempoh ini juga meningkatkan pengeluaran vitamin D, yang boleh bertahan dua kali lebih lama dalam darah berbanding dengan suplemen atau makanan.

Dua benda yang paling penting bagi saya ialah topi dan juga kipas. Topi untuk menutup kepala dan muka dari terdedah lama kepada panas dan kipas untuk kurangkan kepanasan.

Topi saya selalunya akan pakai topi yang disediakan agensi. Sudah mencukupi setakat ini.

Untuk kipas mudah alih, ada banyak pilihan di pasaran dan saya suka kipas ini – Amgras MetaHeld Fan Pro. Kipasnya laju menyejukkan, rekabentuknya menarik dan saiznya mudah dipegang. Ada pilihan warna hitam atau putih.

Dalam apa juga kerja yang kita lakukan, sentiasa utamakan keselamatan dan kesihatan kerana itulah juga aset yang berharga untuk diri kita.

Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *