Membaca Qunut Nazilah

Nasrul HanisIslam Leave a Comment

Qunut pada asasnya adalah doa dan terbahagi kepada dua iaitu Qunut Ratibah dan Qunut Nazilah.

  • Qunut Ratibah: Qunut yang disunatkan untuk dibaca pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh dan pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pada pertengahan bulan Ramadhan.
  • Qunut Nazilah: Qunut yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlakunya musibah atau bencana khususnya melibatkan umat Islam.

Rasulullah SAW pernah membaca Qunut Nazilah ketika mana berlakunya pengkhianatan & pembunuhan ke atas beberapa sahabat baginda. Begitu juga Saidina Abu Bakar RA membaca qunut ketika memerangi Musailamah al-Kazzab dan ketika peperangan dengan ahli kitab.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa adalah diharuskan untuk membaca Qunut Nazilah ketika umat Islam sedang ditimpa musibah yang besar seperti diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca ketika Qunut Nazilah. Salah satu doa yang boleh dibaca ialah seperti berikut.

اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
و نعوذ بك من شرورهم
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
وسلط عليهم کلبامنکلابك
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم

Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
Wana’u dzubika min syururihim
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
Wasallitt ‘alaihim kalbam min kilabik
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya Allahu ya Allahu ya Allah
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Ya Allah leburkan pendirian mereka,
Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
Ya Allah yang Maha Memaksa,
Ya Allah yang Maha Perkasa,
Ya Allah yang Maha Membalas,
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
Yang turunkan kitab,
Yang gerakkan awan,
Yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Rujukan

  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Al-Kafi #969: Hukum Membaca Qunut Nazilah
  2. Manis.fm – Sejarah Qunut Nazilah dan Hukumnya
  3. Badra, eCentral – Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin
  4. Anis Affandi, SirapLimau – Panduan Baca Doa Qunut Nazillah Dengan Betul, Amalkan Ketika Keadaan Mencemaskan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *