Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kesihatan

    PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

    Nasrul HanisNasrul HanisOctober 12, 2020No Comments2 Mins Read

    Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020 ini.

    Hal in telah dimaklumkan oleh atuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan). Beliau berkata keputusan dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes & penularan wabak Covid-19 di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

    Ringkasan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

    1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah tidak dibenarkan kecuali kecemasan dengan kebenaran polis. Pekerja yang perlu merentas daerah untuk tujuan kerja perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Bekerja dari rumah digalakkan.
    2. Kebenaran polis diperlukan untuk mereka yang melalui Selangor & Kuala Lumpur di dalam perjalanan dan bagi mereka yang menaiki penerbangan dari KLIA, KLIA 2 dan Subang.
    3. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
    4. Penutupan semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam & pusat rekreasi.
    5. Seminar, mesyuarat, kursus secara bersemuka tidak dibenarkan dan diadakan secara di dalam maya.
    6. Penutupan masjid, surau & rumah ibadat bukan Islam. Juga larangan bagi semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan.
    7. Larangan operasi bagi pusat-pusat hiburan dan kelab malam.
    8. Sukan yang tidak melibatkan sentuhan dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 10 orang.
    9. Tiada aktiviti pelancongan dibenarkan di dalam kawasan PKPB termasuk pergerakan keluar dari kawasan PKPB untuk tujuan pelancongan.
    10. Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP.
    11. Klink dan hospital beroperasi 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan dari 8 pagi sehingga 11 malam.
    12. Makan di kedai makan dibenarkan dengan maksimum 2 orang untuk satu meja.

    Semoga dengan penguatkuasaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya ini dapat melandaikan kembali penularan wabak COVID-19 di kawasan yang terlibat.

    Marilah bersama kita bersatu hati dalam memerangi wabak ini seterusnya mengembalikan kehidupan normal kita seperti sediakala.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?

    January 22, 2026

    Menyesal Tak Jaga Gigi Dari Kecil: Apa Yang Saya Pelajari

    November 2, 2025

    Bersederhana dalam Pemakanan Ketika Sambutan Aidilfitri

    April 3, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    • Pengalaman Pertama Menyertai PEHAM Pickleball Championship 2026
    • Pentas Mega Hartanah 2026: Pengalaman, Kesedaran dan Strategi Saya Sebagai Ejen Hartanah
    • Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...