Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Bicara Hati

    Awal Muharram 1447H: Permulaan Baharu, Semangat Baharu

    Nasrul HanisNasrul HanisJune 27, 2025No Comments4 Mins Read

    Awal Muharram bukan sekadar menandakan permulaan kalendar Islam yang baharu, tetapi juga membawa satu vibe segar yang penuh makna. Macam mana kita selalu semangat bila masuk tahun baru Januari, macam tu jugak patutnya bila tiba 1 Muharram. Cuma bezanya, Awal Muharram ni bukan tentang azam dunia semata, tapi lebih kepada refleksi diri, perjalanan jiwa, dan hubungan kita dengan Tuhan.

    Kenapa Awal Muharram Penting?

    Awal Muharram ni adalah salah satu daripada bulan-bulan haram yang mulia dalam Islam. Ia juga memperingati Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah — satu peristiwa besar yang bukan sekadar tentang berpindah tempat, tapi perubahan seluruh cara hidup dan strategi dakwah. Jadi, Awal Muharram ni bukan sekadar tarikh, tapi simbol perubahan dan pembaharuan.

    Bila kita tengok balik diri kita setahun lepas, apa yang dah berubah? Apa yang dah dicapai? Apa yang patut diperbaiki? Kadang-kadang kita sibuk sangat dengan kerja, urusan dunia, sampai lupa nak pause sekejap dan fikir pasal diri sendiri.

    Tahun Baharu, Diri Baharu?

    Tak perlu tunggu 1 Januari untuk buat azam. Kita ada 1 Muharram. Ini masa terbaik untuk mula semula. Kalau tahun lepas kita rasa banyak benda tak menjadi, mungkin inilah masa untuk set semula niat, betulkan hala tuju, dan ubah cara fikir.

    Antara soalan yang boleh kita tanya pada diri:

    • Apa satu tabiat buruk yang aku nak tinggalkan tahun ni?
    • Apa satu amalan baik yang aku nak kekalkan atau mulakan?
    • Apa benda kecil yang aku boleh konsisten buat untuk jadi versi diri yang lebih baik?

    5 Tips Ringkas Untuk Jadi Lebih Baik Tahun Ini

    Nak berubah tak semestinya kena tunggu hidayah ‘turun dari langit’. Kadang, kena mula dulu. Hidayah akan ikut bila kita dah mula gerak. Nah, ini tips ringkas yang sedikit sebanyak boleh bantu:

    1. Mulakan Hari Dengan Niat yang Betul

    Bangun pagi, jangan terus capai telefon. Ambil masa sekejap tarik nafas, niat hari ni aku nak jadi orang yang lebih baik daripada semalam — walaupun sikit.

    2. Konsisten Baca Al-Quran Walau Satu Ayat

    Tak perlu habis satu juzuk sehari. Tapi kalau boleh sehari satu ayat pun cukup — yang penting istiqamah. Cuba mula selepas Maghrib, jadikan rutin harian.

    3. Tulis Jurnal atau Refleksi

    Luangkan 5 minit sebelum tidur untuk tulis apa benda baik atau tak best yang berlaku hari tu. Dari situ kita belajar dan boleh baiki perlahan-lahan.

    4. Jaga Solat, Tambah Doa

    Solat jangan tinggal. Tapi cuba juga tambah sikit-sikit doa selepas solat. Minta supaya Allah lembutkan hati, kuatkan semangat dan mudahkan urusan kita.

    5. Pilih Kawan dan Suasana yang Positif

    Tahun baru, cuba elak dari duduk dengan orang yang ‘drain’ tenaga kita. Cari circle yang bantu kita ke arah kebaikan. Kadang kawan pun main peranan besar dalam hijrah kita.

    Penawar Buat Hati Yang Bergelora

    Buku “Jangan Bersedih (La Tahzan): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan” ini ditulis hasil kajian mendalam oleh penulis yang memahami liku-liku jiwa manusia. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi penawar buat hati yang sedang bergelora — mengangkat semangat mereka yang sedang berhadapan dengan kegelisahan, kekecewaan, kesedihan, dan hilang arah. Sesuai dijadikan teman muhasabah diri, terutama bagi mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup.

    Dapatkan Buku Jangan Bersedih (La Tahzan)

    Penutup: Semangat Hijrah Dalam Diri Kita

    Tak perlu tunggu dunia berubah. Kita ubah dulu diri kita. Hijrah bukan tentang berpindah tempat, tapi berpindah hati — dari lalai ke sedar, dari lemah ke kuat, dari malas ke istiqamah.

    Tahun 1447H ni kita mula dengan niat yang jujur, usaha yang ikhlas, dan tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT. Siapa tahu tahun ni lebih baik dari semua tahun sebelumnya.

    Selamat menyambut Awal Muharram, tahun baharu Hijrah. Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik — sedikit demi sedikit.

    Salam Awal Muharram 1447H!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Selamat Datang 2026: Masa Untuk Terus Maju Ke Hadapan

    January 1, 2026

    Allahyarham Bung Moktar Radin: Seorang Ahli Politik Lantang Yang Kini Tinggal Dalam Kenangan

    December 5, 2025

    Tenanglah Di Sana Wahai Adib

    December 18, 2018
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    • Pengalaman Pertama Menyertai PEHAM Pickleball Championship 2026
    • Pentas Mega Hartanah 2026: Pengalaman, Kesedaran dan Strategi Saya Sebagai Ejen Hartanah
    • Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...