Gempa Bumi Dahsyat Yang Melanda Türkiye-Syria

Nasrul HanisDunia Leave a Comment

Dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Türkiye & Syria. Telah ada kematian dan begitu ramai yang cedera dalam kejadian ini.

Gempa bumi yang direkodkan 7.8 pada skala Richter berlaku awal pagi Isnin (6 Februari 2023) telah menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Menurut pegawai tempatan, jumlah korban meningkat kerana banyak bangunan yang musnah akibat gegaran. Beberapa faktor lain seperti lokasi, waktu dan struktur bangunan yang lemah menyebabkan gempa bumi melanda Türkiye dan Syria ini adalah antara yang terburuk dan berbahaya pernah berlaku.

Gempa bumi yang menyebabkan kemusnahan teruk itu sebahagiannya disebabkan kuasa gegaran dan ia juga adalah gempa bumi terkuat yang pernah melanda Türkiye sejak tahun 1939.

Negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan juga telah mula menyalurkan bantuan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$25 juta (RM110 juta) masing-masing kepada Türkiye dan Syria

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga dijangka akan masuk ke kawasan bencana gempa bumi bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di selatan Türkiye.

Marilah sama-sama kita mendoakan usaha mencari dan menyelamat mangsa berjalan dengan lancar dan semoga mereka yang terlibat bersabar, redha & bertawakal dengan kejadian ini.

Rujukan

  1. Berita Harian. Mengapa gempa bumi Turkiye-Syria sangat buruk, berbahaya?
  2. Berita Harian. Gempa bumi: PBB umum bantuan kemanusiaan AS$25 juta untuk Turkiye, Syria
  3. Berita Harian. Pasukan SMART Malaysia masuk ke kawasan bencana hari ini
  4. Utusan Malaysia. 15 maut dalam gempa bumi 7.8 magnitud di tenggara Turkiye

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *