Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Dunia

    Perdana Menteri Malaysia Melaungkan Seruan Selamatkan Penduduk Gaza di APEC 2023

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 19, 2023No Comments1 Min Read

    Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melaungkan seruan untuk menyelamatkan penduduk Gaza ketika Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat.

    Mesej beliau adalah pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan & tidak ada pilihan lain lagi.

    Katanya lagi, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman terhadap orang awam, rumah dan hospital, begitu juga dengan kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak, di mana ia melibatkan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

    Angka kematian dalam krisis yang berterusan sejak 7 Oktober 2023 yang lalu kini meningkat kepada kira-kira angka 12,000.

    “Setiap saat amat penting, dan setiap detik apabila suara oleh pemimpin dunia untuk menghentikan pengeboman berterusan begitu lewat, ia bermakna lebih ramai bayi akan menjadi mangsa,”

    – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

    Sama-samalah kita mendoakan agar keamanan dapat dicapai agar tiada lagi nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman perang yang tidak berkesudahan.

    Rujukan

    1. Astro Awani – PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
    2. Sinar Harian – PM seru selamatkan penduduk Gaza di APEC 2023
    3. Astro Awani – APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
    4. Laman Facebook Rasmi Perdana Menteri
    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    2023 Direkod Sebagai Tahun Terpanas

    January 10, 2024

    Perdana Menteri Mengumumkan Rombakan Kabinet

    December 12, 2023

    Gempa Bumi Dahsyat Yang Melanda Türkiye-Syria

    February 8, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...