Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Motivasi

    Tahniah Duan!

    Nasrul HanisNasrul HanisSeptember 19, 2017No Comments2 Mins Read

    Pengetahuan dan pengalaman harus dikongsi bersama mereka yang lain supaya ada yang terjaga dari lena.

    KAED Festival (KAEDFest) adalah acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun dan kali ini ada seorang sahabat yang diberi peluang untuk berbicara dalam sesi Alumni Talk. Bukanlah isi kandungan bicaranya yang ingin saya bincangkan kerana saya juga tidak hadir sesi Alumni Talk ini.

     

    Mohd Ridzuan Rosli atau nama panggilannya Duan adalah seorang pengusaha francais makanan yang berasal dari Jepun iaitu takoyaki. (Dia dari Pahang, makanan yang asal-usulnya dari Jepun.) Jenamanya juga bernama MyTakoyaki. Cita-citanya ingin menjadi sehebat (mungkin lebih hebat) dari Burger Ramly.

    Melihat kejayaan yang dilakarkan ternyata menyorot kembali kenangan ketika zaman bersama-sama sebagai pelajar jurusan perancangan bandar di UIA suatu masa dulu. Membina keluarga dan perniagaan di usia yang muda dan ketika masih bergelar seorang mahasiswa –  bukanlah halangan untuk memulakan langkah berniaga.

    Bukan sedikit dugaan dan kerugian yang dihadapi beliau namun tetap dilalui.

    Tidak dinafikan saya juga salah seorang penggemar takoyaki ini. Alhamdulillah hasilnya sentiasa memuaskan. Kali terakhir saya menempah Party Box Takoyaki untuk gathering Raya Alam Harta Realty yang lalu, muncul penyesalan apabila hanya menempah 3 kotak sahaja kerana ketiga-tiga kotak tersebut telah dihabiskan hadirin awal-awal lagi.

     

     

    Ada beberapa perkara yang saya pelajari dari kisahnya ini:

    • Perniagaan mesti ada halatuju dan cita-cita besar
    • Mesti ada keberanian dalam mengusaha dan melebarkan sayap perniagaan
    • Kualiti produk, pekerja dan rakan niaga mesti sentiasa dijaga
    • Kepuasan pekerja dan pelanggan mesti sentiasa diambil kira
    • Pedulikan apa orang lain kata – mesti teruskan mencapai matlamat

     

    Akhirul kalam – boleh LIKE page MyTakoyaki dan hubungi beliau untuk menjadi rakan niaganya.

    https://www.facebook.com/mytakoyakimalaysia/

     

    Selamat maju jaya & tahniah Duan!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Teori Hierarki Keperluan Maslow: Dorongan Motivasi Manusia

    November 24, 2023

    Menaikkan Semangat Yang Melemah

    October 11, 2015
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.