Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Motivasi

    Menaikkan Semangat Yang Melemah

    Nasrul HanisNasrul HanisOctober 11, 20151 Comment2 Mins Read

    Kadangkala di dalam kehidupan ini, pastinya ada masa di mana semangat kita melemah.

    Dan kita pun sendiri tidak faham mengapa semangat kita itu melemah. Hasilnya, kita jadi tak tentu arah dan kerja yang sepatutnya disiapkan tak terjalan.

    Mungkin sebab kita sekadar penat dengan tugasan harian atau terasa kecewa dengan sesuatu yang berkaitan dengan kita. Mungkin juga kerana terlalu banyak benda yang menjadi tanggungjawab kita. Ada yang sebut down atau morale down.

    Jadi bagaimana?

    Rehatkan Minda

    Ini paling simple. Lepaskan semua kerja. Ambil masa dan duduk di atas kerusi atau sofa. Tenangkan fikiran. Jika terasa terlalu penat – mungkin kita baru tersedar yang kita sebenarnya perlukan tidur!

    Ritual

    Kita mungkin selalu melihat atlet melakukan ritual sebelum mula permainan. Atau artis melakukannya sebelum memulakan persembahan untuk menaikkkan semangat. Hal ini ada disebut Irfan Khairi di dalam artikelnya Menaikkan Semangat pada Bila-bila Masa Sahaja. Mungkin perkataan ritual kurang sesuai tapi apa yang ingin dimaksudkan ialah sesuatu yang kita lakukan untuk kembali menaikkan semangat kita. Saya masih ingat seorang kawan saya di Matrikulasi dulu, jika dia stress dan rasa down, dia akan pergi ke kafe dan makan sepuasnya. Mungkin itu bukan satu pilihan yang baik, tapi sekurang-kurangnya hal itu melegakan perasaan dan menaikkan kembali semangatnya.

    Jadi ritual apa yang perlu saya lakukan? Hal ini boleh dicari dari kebiasaan anda sendiri. Pasti ada sesuatu yang kita lakukan bila kita terasa lemah semangat dan melakukan hal tersebut melegakan kita. Saya yakin – pasti masing2 dari kita ada kebiasaan tersebut.

    Mencari Rakan Berbual

    Cari rakan yang boleh diajak berbual. Mungkin rakan sekerja ataupun ahli keluarga. Ceritakan apa perkara yang menjadi frustration kita. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang menyebabkan semangat kita melemah jadi berbicaralah mengenai apa sahaja sehingga perasaan kita tenang dan semangat kita pulih kembali.

    Hal down dan semangat melemah ini perkara biasa. Kita manusia. Leader saya yang quote biasanya “Down tak boleh lama-lama” pun kadang-kadang down juga! Saya pernah bertanya apa yang dilakukannya jika lemah semangat. Katanya dia akan cari rakan berbual, luahkan pada isteri ataupun bawa keluarga pergi makan-makan atau bersiar-siar.

    Sebagai penutup, ini satu quote dari kawan FB saya Khairul Nizam:

    Untuk kawan-kawan yang kadang2 morale down. Bila dah berjalan jauh,ttibe penat. Tak kan nak patah balik,ingatlah,kenapa kamu bermula?

    REMEMBER WHY YOU STARTED.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Teori Hierarki Keperluan Maslow: Dorongan Motivasi Manusia

    November 24, 2023

    Tahniah Duan!

    September 19, 2017

    1 Comment

    1. Pingback: Berkongsi Pengalaman PEA di Seminar What’s Next

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.