Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Bisnes

    Ubi Oh Ubi

    Nasrul HanisNasrul HanisOctober 5, 2017No Comments2 Mins Read

    Dalam zaman yang serba mencabar ini, kita perlu sentiasa mencari ruang & peluang untuk menambah sumber pendapatan. Salah satunya ialah dengan mendapatkan hasil dari bercucuk tanam.

    Alhamdulillah saya berpeluang melihat sendiri bagaimana ubi keledek dari kebun bapa mertua saya berjaya dijualkan. Selalu juga saya tengok orang berkunjung ke rumah untuk membeli kelapa hasil dari kebun tapi ini pertama kali saya melihat hasil dari tanaman ubi dijualkan.

    Ubi yang telah matang boleh dikorek selepas 3 bulan dan boleh dijual untuk pelbagai kegunaan seperti cucur badak, bubur, mee kuah atau boleh dimakan begitu saja.

    Yang menarik perhatian saya kali ini ialah bagaimana isteri saya dan kakak-kakaknya memasarkan ubi tersebut untuk jualan.Harga jualan ialah RM2.70/kg dan usaha pemasaran yang telah dilakukan ialah:

    • Menghantar iklan promosi ubi ke Facebook Groups
    • Menghantar iklan promoosi ubi ke WhatsApp Groups
    • Menghubungi saudara mara dan kenalan terdekat

    Hasilnya sangat memberangsangkan dan antara yang membuat pesanan ialah pemilik kedai makanan, pemborong, kenalan, saudara mara dan juga cikgu-cikgu sekolah.

    Satu tips baru yang saya dapat dari kakak ipar saya ialah cikgu-cikgu sekolah akan aktif online pada waktu pagi jadi itu adalah waktu yang terbaik untuk melakukan aktiviti pemasaran terhadap mereka. Elakkan waktu malam sebab cikgu-cikgu ni kebanyakannya akan tidur awal.

    Ubi yang dikorek dimasukkan ke dalam raga, ditimbang dan dibungkus. Ubi yang telah siap dibungkus kemudian dihantar kepada yang pelanggan yang memesan.

    Setakat ini ubi keledek yang telah berjaya dijual sekitar 100kg. Alhamdulillah!

    Hal penting yang saya pelajari dari jualan ubi keledek ini ialah penting ada gabungan pengetahuan untuk penghasilan dan cuba pengetahuan pemasaran. Kemahiran bercucuk tanam penting untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti manakala pengetahuan dalam memasarkan produk juga penting untuk membolehkan hasil tanaman itu ditukarkan menjadi sumber pendapatan.

    Nak Pesan Ubi Keledek?
    Stok ubi keledek masih available.
    Boleh hubungi Hj Zuki di 012-4100775 untuk pesanan.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Crochet: Hobi Unik & Kreatif

    March 21, 2018
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.