Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Teknologi

    Amazfit T-Rex 2: Dari Kepuasan ke Ujian, Akhirnya Kembali Bernyawa

    Nasrul HanisNasrul HanisJune 16, 2025No Comments3 Mins Read

    Sejak awal beli Amazfit T-Rex 2, saya memang puas hati dengan prestasinya. Reka bentuk lasak, keselesaan di pergelangan tangan, dan fungsi-fungsi seperti GPS, pengukur degupan jantung dan penjejakan aktiviti sangat membantu dalam rutin harian dan aktiviti sukan saya.

    Segala aktiviti dapat direkod dengan baik dan aplikasinya pun mesra pengguna. Tetapi segalanya berubah selepas satu acara fun run malam yang disertai dalam hujan lebat.

    Ujian Datang

    Beberapa hari selepas acara tersebut, saya mula perasan ada kelainan. Butang jam kadangkala tidak memberi respon. Kadang-kadang susah nak mulakan atau hentikan rekod aktiviti. Lebih parah lagi, bila nak cas, pengecasan tak stabil. Ada masa masuk, ada masa langsung tak detect. Bateri pula semakin cepat habis walaupun tak digunakan sangat.

    Sampai satu tahap, jam terus padam dan tidak menyala langsung. Saya cuba pelbagai cara untuk hidupkan semula tapi tiada hasil. Dalam hati, saya dah mula redha. Mungkin sampai di situ saja hayat Amazfit T-Rex 2 saya.

    Sang Penyelamat

    Kemudian, isteri saya cadangkan untuk cuba cari bantuan dari Facebook Group pengguna Amazfit Malaysia. Di situ kami dapat info tentang seorang individu bernama Hadi Abd yang banyak membantu pengguna Amazfit dengan masalah teknikal dan pembaikan.

    Saya pun cuba hubungi beliau dan bawa jam saya untuk diperiksa. Rupa-rupanya air telah masuk ke dalam jam. Memang mengejutkan sebab Amazfit T-Rex 2 ni sepatutnya waterproof. Tapi mungkin ada faktor tertentu yang menyebabkan kebocoran. Saya terima hakikat itu.

    Alhamdulillah, saudara Hadi berjaya membaiki jam saya. Beberapa komponen perlu diganti, dan selepas itu, jam saya kembali hidup seperti biasa. Fungsi semua kembali normal, tiada lagi masalah butang, pengecasan stabil, dan bateri kembali tahan lama.

    Saya sangat bersyukur dan ingin ucapkan terima kasih kepada Hadi Abd atas bantuan dan kepakaran beliau. Kalau anda pengguna Amazfit dan hadapi masalah serupa, saya sangat syorkan untuk hubungi beliau.

    Masih Percaya

    Selepas pengalaman ni, saya masih tetap percaya dengan Amazfit T-Rex. Rekabentuk dan ciri-cirinya sangat sesuai untuk aktiviti lasak dan gaya hidup aktif. Malah sekarang, Amazfit T-Rex 3 pun sudah mula dijual di pasaran.

    Kalau anda sedang mencari jam tangan pintar yang tahan lasak dan padat dengan fungsi untuk kecergasan dan aktiviti luar, inilah antara dua model yang saya sangat syorkan.

    Amazfit T-Rex 2 dan Amazfit T-Rex 3

    Amazfit T-Rex 2 dan model terbaharu Amazfit T-Rex 3 kini boleh dimiliki dengan harga menarik di Shopee — jam tangan pintar tahan lasak ini direka khas untuk gaya hidup aktif dan lasak, lengkap dengan fungsi GPS, ketahanan air, serta pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan.

    Beli Amazfit T-Rex 2 atau beli Amazfit T-Rex 3

    Klik link di atas untuk melihat harga terkini dan tawaran menarik. Kedua-dua model ini boleh jadi pelengkap sempurna untuk aktiviti harian anda.

    Terima kasih kerana membaca pengalaman saya. Semoga bermanfaat dan jangan putus asa jika jam anda rosak, insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Battery Health iPhone Dah 78%: Kenapa Saya Masih Belum Tukar Telefon Baharu

    June 12, 2026

    Kenapa Ada Yang Lebih Selesa Membeli Gajet Secara Dalam Talian Tetapi Tetap Mahu Ambil Sendiri Di Kedai?

    June 11, 2026

    AI Bukan Jalan Pintas: Cara Menggunakan Generative AI Untuk Menghasilkan Penulisan Berkualiti dan Kekal Berjiwa Manusia

    June 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Harta Yang Kita Simpan Belum Tentu Menjadi Milik Kita
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...