Seperti yang kita tahu mengait ialah satu aktiviti mencipta fabrik dengan menggunakan benang kait dan jarum kait. Seni krusye (crochet) pula adalah kemahiran mengait dengan menggunakan sebatang jarum sahaja.
Perkataan crochet datang dari perkataan Perancis croche yang bermaksud ‘cangkuk’ (hook). Seni crochet ini telah lama wujud dalam lipatan sejarah. Walaupun begitu tiada bukti kukuh akan asal usul pengamalannya sebelum crochet ini mula popular di Eropah sekitar era 1800.
Untuk crochet ini ada 2 elemen: benang kait dan jarumnya. Kemudian anda mesti ada kemahiran, kreativiti dan kesabaran (ini saya tak mampu. hehe). Justeru bukan mudah sebenarnya untuk anda menjadi seorang crocheter yang mampu mencipta hasil yang menarik dan berkualiti. Crocheter tegar biasanya akan bawa bersama benang kait dan jarumnya bersama mereka ke mana-mana. Asalkan ada peluang & ruang masa mesti ada projek crochet yang nak disiapkannya.
Aktiviti ini bukan khusus untuk kaum hawa sahaja ya. Malah ada juga sumber yang menyatakan kebanyakan pakar sejarah percaya seni mengait dimulakan oleh kaum lelaki. Entah apa yang dikait oleh para lelaki pada zaman permulaan itu.
Saya mula tertarik dengan hasil crochet ini apabila melihat hasil tangan kakak ipar saya yang juga seorang crocheter. Pelbagai produk telah dihasilkan seperti kopiah, kasut dan bekas botol air. Memang cantik dan nampak selesa dipakai. Baru-baru ini juga telah diadakan kelas mengait bekas botol air ripple di RTC Bukit Kapar. Alhamdulillah berlangsung dengan meriah dan santai.
Saya melihat crochet ini suatu seni yang memupuk kesabaran dan membina kreativiti. Hasilnya pula boleh dinikmati samada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijual. Justeru boleh menjadi satu sumber pendapatan untuk mereka yang meminatinya.
Hasil & aktiviti crochet boleh anda lihat dengan melayari page Crochet Gift by Warisah.Zuki
Rujukan
- Fibre2Fashion.com. Crocheting and it’s origin. (http://www.fibre2fashion.com/industry-article/2777/crocheting-and-its-origin?page=1)
- The Spruce. Understanding The Differences Between Knitting and Crochet. (https://www.thespruce.com/differences-between-knitting-and-crochet-4077447)
- Yeo Li Shian, Kosmo! Online. Mengait sepenuh jiwa. (http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0701&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_01.htm)