Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Negara

    Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 24, 2022No Comments2 Mins Read

    Alhamdulillah terjawab sudah persoalan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya dengan selesainya majlis mengangkat sumpah Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-10 di Istana Negara hari ini.

    Kali ini debarannya lebih lama apabila tiada satu parti pun yang memenangi majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan secara hasil Pilihanraya Umum Ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022. Pelbagai berita dan makluman terkini yang disajikan oleh media boleh membuatkan ramai rakyat yang menanti perkembangan terbaru tidak senang duduk.

    Alhamdulillah berkat keputusan bijaksana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta Majlis Raja-Raja Melayu akhirnya penantian ini berakhir jua dengan makluman rasmi dari Istana Negara akan perkenan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri yang baharu.

    Umum mengetahui bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu sosok yang telah dikenali di dalam dan luar negara semenjak era 80-an lagi sebagai seorang tokoh politik dan reformis yang melalui pelbagai suka duka di dalam karier politiknya. Justeru pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama untuk kita melihat perubahan dan penambahbaikan yang boleh dibawa beliau untuk negara.

    Saya selaku salah seorang rakyat Malaysia sudah pasti mahukan yang terbaik untuk negara justeru dengan terlantiknya Perdana Menteri yang baharu dan Kabinet Persekutuan baharu yang akan terbentuk nanti, kita sama-sama doakan agar Kerajaan baharu pasca PRU-15 ini bukan sahaja dapat membawa Malaysia keluar dari kemelut politik yang tidak berkesudahan, krisis kesihatan global, dan kerisauan akan keadaan ekonomi yang makin meruncing; malah dapat juga mengangkat martabat Malaysia untuk menuju ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

    Tahniah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10. Selamat berkhidmat.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026

    June 12, 2026

    DUN Johor Dibubarkan: Laluan Baharu Buat Rakyat Menentukan Arah Negeri

    June 1, 2026

    Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi: Mengingati Legasi Seorang Negarawan Berjiwa Luhur

    April 14, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    • SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...