Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Islam

    Doa Masuk Bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan

    Nasrul HanisNasrul HanisJanuary 31, 2025No Comments1 Min Read

    Apabila tiba bulan Rejab, mungkin antara kita yang membaca atau mendengar doa berikut:

    اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

    Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

    Doa ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW berdoa demikian apabila memasuki bulan Rejab.

    Namun, para ulama hadith menilai sanad hadith ini sebagai lemah (dhaif) kerana terdapat perawi yang bermasalah dalam rantaian sanadnya. Walaupun begitu, kandungan doa ini tidak bertentangan dengan syariat Islam, dan umat Islam dibenarkan untuk mengamalkannya sebagai bentuk permohonan kepada Allah SWT.

    Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa dengan harapan Allah SWT memberkati kita dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta menyampaikan kita ke bulan Ramadhan yang mulia.

    Berdoalah!

    Doa merupakan senjata yang paling ampuh bagi orang yang beriman.

    Milikilah Hisnul Muslim yang mengandungi 267 doa dan zikir harian dari Syaikh Said bin Wahaf al-Qahtani melalui pautan ini.

    Rujukan

    Umar Mukhtar Mohd Noor, Irsyad Al-Hadith Siri Ke-41: Status Doa Berkenaan Rejab, Syaaban Dan Ramadan

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M: Menghayati Makna Pengorbanan Demi Membentuk Kejayaan Dalam Kehidupan

    May 29, 2026

    Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri

    March 21, 2026

    Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan

    February 18, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • DUN Johor Dibubarkan: Laluan Baharu Buat Rakyat Menentukan Arah Negeri
    • Toh Ee Wei Cedera Ketika Sedang Menguasai Perlawanan, Rakyat Malaysia Sama-Sama Mendoakan Yang Terbaik
    • Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M: Menghayati Makna Pengorbanan Demi Membentuk Kejayaan Dalam Kehidupan
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...