Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    Futsal Piala Presiden PEHAM 2025: Semangat, Persahabatan & Sukan

    Nasrul HanisNasrul HanisFebruary 21, 2025No Comments2 Mins Read

    Pada 20 Februari 2025, saya dan rakan-rakan dari agensi telah menyertai pertandingan futsal anjuran Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) yang berlangsung di One Tiger Arena, Kajang. Pertandingan ini bukan sahaja menguji permainan futsal, tetapi juga mengeratkan silaturahim antara perunding hartanah Muslim di Malaysia.

    Pada kali ini kami menggunakan nama pasukan PERWIRA ALAM HARTA.

    Seawal pagi, kami berkumpul di pejabat untuk bersarapan bersama sebelum bergerak ke lokasi pertandingan. Setibanya di One Tiger Arena, suasana meriah dengan kehadiran pasukan-pasukan lain yang turut serta. Masing-masing bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan perlawanan.

    Pertandingan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden PEHAM Sr Idzwan Izuddin Shah.

    Perjuangan kami berakhir di peringkat kumpulan setelah mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan.

    • lawan QHOME FIGHTER FC 2-1
    • lawan RENSTAR FC A 0-3
    • lawan QHOME UNITED FC 1-0

    Tahniah kepada pemenang Futsal Piala Presiden PEHAM berikut:

    • Juara: CHESTER FC
    • Naib Juara: ZPROP FC
    • Tempat Ketiga: RENSTAR FC A
    • Tempat Keempat: IQI REALTY

    Di samping bermain futsal, acara ini juga menjadi platform untuk kami berkenalan dan bertukar pandangan sesama perunding hartanah. Hubungan yang terjalin ini diharapkan dapat membuka peluang kerjasama pada masa hadapan.

    Tingkatkan Prestasi di Gelanggang Futsal

    Pemilihan kasut yang sesuai amat penting bagi mereka yang berminat meningkatkan prestasi di gelanggang futsal. Saya ingin mencadangkan kasut futsal Ortuseight JOGOSALA REVOLT yang menawarkan keselesaan dan cengkaman yang baik justeru boleh membantu meningkatkan permainan anda di atas gelanggang.

    Pengalaman menyertai pertandingan futsal anjuran PEHAM ini amat berharga. Ia bukan sahaja menguji kemampuan fizikal, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara perunding hartanah. Saya berharap acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang, dan lebih ramai lagi akan turut serta untuk memeriahkannya.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan

    July 3, 2026

    Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah

    June 19, 2026

    Berkunjung ke The Wanz Animal Park di Baling, Kedah: Peluang Melihat Pelbagai Haiwan Menarik Dari Pelbagai Negara

    June 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Meninggal Dunia, Perginya Seorang Tokoh Wanita yang Dekat di Hati Rakyat
    • Tasawuf Membersih Hati: Belajar Memperbaiki Diri Sebelum Menilai Orang Lain
    • Jersi Baharu Harimau Malaya 2026 Dilancarkan! Puma Tampilkan Belang Harimau dan Warna Biru Perpaduan
    • Sifat Takbur: Apabila Kita Merasakan Diri Lebih Baik Daripada Orang Lain
    • Harta Yang Kita Simpan Belum Tentu Menjadi Milik Kita
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...