Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    IMKK Disember 2015

    Nasrul HanisNasrul HanisDecember 13, 2015No Comments2 Mins Read

    Alhamdulillah saya dan isteri tercinta telah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan sesi Disember 2015 di IDCC Shah Alam dari 11 hingga 13 Disember 2015.

    Alhamdulillah.. sekali lagi syukur. Syukur dengan apa yang kita ada (the power of syukur), itu satu dari 21S untuk berjaya.

    Asalnya saya tiadalah berminat sangat dengan program-program yang berbentuk “seminar”.. saya skeptikal kerana minda dah diset kepada betapa bosannya kem-kem motivasi di sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti. Sudahlah bosan ketika seminar, nangis-nangis sikit kemudian makan-makan dan bersurai. Kemudian? Tiada result.

    Sehinggalah isteri saya bersemangat mengajak saya ke IMKK ni.. Subhanallah memang ada hikmahnya.

    Ini lain, memang lain. Dan saya dah faham kenapa ada yang sampai berdiri atas kerusi. SWITCH!

    Sepanjang 3 hari program, banyak benda yang telah saya pelajari dari Dr. Azizan Osman.. bagaimana untuk menetapkan matlamat dan halatuju kita hinggalah kepada membetulkan hubungan kita dengan Allah SWT. Astaghfirullah.. banyak benda yang perlu saya perbetulkan. Diri kita mesti mengenal diri kita. Dan kita mesti berhubung dengan asalnya diri kita (source).

    Kita mesti ada matlamat yang sejelas-jelasnya, dan mesti fokus ke arah matlamat itu. Mesti disiplin. InsyaAllah semoga istiqamah.

    Sebenarnya sebelum ini saya banyak baca macam-macam komen mengenai program-program Richworks dan Dr. Azizan Osman cuma belum terdetik untuk menghadiri sendiri program. Ada beli beberapa buah buku Dr. Azizan tapi memang tak sama dengan dengar sendiri dari orangnya. Memang environment yang sangat positif, semua yang datang sangat positif untuk berjaya dalam hidup. Nak tahu best atau tidak, kena hadir sendiri ke IMKK.

    Next target: MMM, RKMJ, TLM, MYB & RYRR

    InsyaAllah ilmu yang diperolehi dari IMKK akan saya gunakan sebaiknya untuk diri saya dan juga untuk memberikan manfaat kepada orang lain InsyaAllah. Masanya untuk bertindak luar biasa – fast action fast result!

    I AM A MONEY MAGNET!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan

    July 3, 2026

    Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah

    June 19, 2026

    Berkunjung ke The Wanz Animal Park di Baling, Kedah: Peluang Melihat Pelbagai Haiwan Menarik Dari Pelbagai Negara

    June 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    • SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.