Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Sukan

    Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 1, 2016No Comments4 Mins Read

    Pasukan bolasepak negeri Kedah sekali lagi layak ke final Piala Malaysia dan kali ini saya memilih untuk menonton perlawanan piala berprestij ini di stadium. Kebetulan pula anak saudara yang baru selesai UPSR teringin nak masuk stadium.

    2 Jam Membeli Tiket Online

    Seperti kebanyakan penggemar pembelian atas talian, saya juga memilih untuk membeli secara online iaitu melalui laman web Ticket Hotline. Dengan agakan yang trafik web mesti penuh punya, saya bersedia seawal 15 minit sebelum jam 10 pagi. Malangnya pada waktu itu jugalah laman web sudah tidak boleh dibuka. Kemudian antaramuka laman web berubah dan saya meneruskan usaha membeli. Masih gagal namun saya terus mencuba.

    Seingat saya lebih dari 20 kali saya masuk ke paparan order tapi tak berjaya bila nak buat bayaran. Hal yang sama berlaku kepada pembeli-pembeli atas talian yang lain yang berkongsi hal yang sama di Facebook. Hampir putus asa namun mengenangkan hasrat anak buah saya teruskan mencuba. Hanya dalam 2 jam selepas tu barulah berjaya masuk ke paparan bayaran (yeay!) dan akhirnya pembelian dilakukan dengan jayanya.

    Harapnya Ticket Hotline dan penyedia tiket atas talian yang lain dapat bersedia lebih awal dan lebih efektif selepas ini.

    Penebusan Tiket di Stadium Melawati

    Hari Khamis keesokannya dah bersedia untuk menebus tiket yang dibeli semalam. Tepat 2 petang saya sudah sampai di Stadium Melawati.. pejabat pun di Seksyen 13 saja. Proses memang pantas mungkin sebab belum ramai yang hadir menebus tiket. 2.11 petang sudah ada di pejabat semula. Tabik untuk Ticket Hotline untuk proses penebusan yang mudah ini.

    Hari Perlawanan

    Sampai di kawasan stadium dalam 6.30 petang dan seperti biasa parking saja di tepi jalan. Masuk sahaja stadium Shah Alam terus terasa kehangatan perlawanan akhir dan sorakan semangat penyokong kedua-dua pasukan. Memang benar sukan menyatukan kita.

    Memandangkan kami masuk pun lewat jadi berdirilah kami lebih kurang 6 jam sehingga selesai perlawanan.

    Perlawanan Yang Mendebarkan

    Memang perlawanan yang mendebarkan terutamanya apabila kedua-dua pasukan saling menyerang balas. Ada beberapa kekasaran namun saya merasakan keseluruhannya perlawanan diadili dengan baik. Saat palingĀ suspenseĀ ialah apabila tendangan percuma Liridon singgah di tiang gol lawan pada saat-saat akhir perlawanan.

    Akhirnya penalti juga yang menentukan pemenang Piala Malaysia edisi ke-90 ini. Apa yang boleh saya katakan sebagai peminat ialah saudara Ifwat memang seorang penjaga gol yang bagus. Bukan sahaja beliau bertindak cemerlang sepanjang perlawanan, malah beliau juga menyelamatkan satu tendangan penalti yang membuka semula untuk Kedah bergelar juara.

    Selangor juga tidak kurang hebatnya terutamanya kapten Selangor, Andik Vermansah yang memang laju lariannya. Anda boleh baca analisis taktikal perlawanan akhir dari Semuanya Bola di artikelĀ Analisis Taktikal Final Piala Malaysia 2016: Pertukaran Taktikal Beri Output Berbeza.

    Jaringan Kemenangan

    Bak kata pepatah, tuah di kaki siapa yang tahu. Malam itu memang malam bertuah untuk saudara Rizal Ghazali. Satu gol untuk Kedah dan kemudian jaringan penalti terakhir yang memberikan kemenangan untuk pasukan Kedah. Seperti dijangka, beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Tahniah! Sebagai orang Baling sudah tentu saya juga bangga dengan kejayaan ini.

    Khabarnya beliau menjadi rebutan kelab-kelab bolasepak yang lain namun harapan sebagai peminat semoga beliau bersama lagi dengan Kedah untuk musim-musim hadapan. Mungkin ada rezeki untuk bergelar juara Liga Super dan layak ke AFC pula InsyaAllah.

    Berbaloi

    Walaupun berdiri lebih kurang 6 jam dan sampai di rumah selewat 3 pagi, bagi saya ini adalah satu perlawanan yang berbaloi untuk ditonton di stadium. Bukan sahaja boleh merasai sendiri semangat para pemain dan para penyokong, malah sorakan kita juga sebenarnya sedikit sebanyak memberi semangat kepada pemain pasukan kesayangan kita.

    Memang benar banyak lagi yang perlu dipertingkatkan pemain-pemain kita namun sebagai peminat dan penyokong teruskan menyokong dengan cara yang sihat demi kemajuan bolesepak negara.

    Tidak mustahil suatu hari nanti bolasepak kita akan kembali dihormati dan digeruni seperti dahulu.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Kejayaan Berganda Malaysia di Terbuka Thailand 2025

    May 20, 2025

    Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani Juara Terbuka Jepun 2024

    August 25, 2024

    Alex Lanier Menyinar di Terbuka Jepun 2024

    August 24, 2024
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.