Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    Menyertai Program E-Invoice Dalam Agensi Hartanah Anjuran PEHAM

    Nasrul HanisNasrul HanisFebruary 28, 2025No Comments3 Mins Read

    Pada 25 Februari 2025 yang lalu, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menyertai satu program yang sangat bermanfaat iaitu Program E-Invoice dalam Agensi Hartanah anjuran Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM). Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat dalam operasi agensi hartanah termasuklah pemilik-pemilik agensi dan juga tenaga kerja pentadbiran agensi mengenai sistem e-Invois yang bakal dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. Saya turut ditemani oleh sahabat baik saya, Khairul Aswad, yang banyak membantu dalam operasi agensi kami.

    Perkongsian dalam program ini telah disampaikan oleh En. Firdaus Fadil, seorang Chartered Accountant yang berpengalaman dalam bidang percukaian dan kewangan. Beliau memberikan penerangan mendalam mengenai e-Invois dari segi teori dan juga praktikal.

    Apa Itu E-Invois?

    Bagi yang belum tahu, e-Invois atau invois elektronik adalah sistem pemprosesan invois secara digital yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perniagaan dan pemantapan sistem percukaian. Sistem ini membolehkan penyediaan, penghantaran, dan penerimaan invois secara elektronik tanpa memerlukan invois bercetak. Ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta memastikan ketelusan dalam rekod kewangan.

    Pelaksanaan e-Invois di Malaysia akan dilakukan secara berperingkat, di mana syarikat dengan perolehan tertentu diwajibkan untuk menggunakannya terlebih dahulu sebelum pelaksanaan menyeluruh kepada semua peniaga. Antara manfaat utama e-Invois termasuk pengurangan kos operasi, peningkatan ketelusan dalam pelaporan cukai, dan pemudahan proses audit oleh pihak berkuasa. Maklumat lanjut mengenai E-Invoice boleh didapati dengan melayari laman web rasmi e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

    Mengapa Program Ini Penting untuk Agensi Hartanah?

    Sebagai firma agensi hartanah, pemahaman mengenai sistem kewangan dan pematuhan kepada undang-undang percukaian amat penting. Dengan pelaksanaan e-Invois, ia memberi kesan langsung kepada operasi perniagaan termasuk dalam penyediaan invois kepada pelanggan dan pematuhan kepada keperluan cukai. Program yang dianjurkan oleh PEHAM ini memberi pencerahan yang sangat berguna kepada kami tentang bagaimana sistem ini akan mempengaruhi kaedah operasi agensi hartanah dair segi rekod jualan dan pembelian.

    Pentingnya Perancangan Kewangan dalam Perniagaan

    Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, termasuk dalam bidang hartanah, pemahaman tentang perancangan kewangan adalah amat kritikal. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, bisnes mungkin sukar untuk berkembang dengan sihat. Salah satu platform terbaik untuk memahami lebih lanjut mengenai perancangan kewangan perniagaan adalah melalui Akademi Bijak Merancang Wang.

    Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Akademi Bijak Merancang Wang menawarkan Promosi Ramadan yang boleh membantu usahawan dan individu memahami asas pengurusan kewangan dengan lebih mendalam. Jika anda ingin belajar bagaimana untuk merancang kewangan dengan lebih efektif, dapatkan segera akses kepada program ini melalui pautan berikut:

    >>> PROMOSI RAMADAN – AKADEMI BIJAK MERANCANG WANG <<<

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, penyertaan saya dalam program ini memberikan banyak ilmu yang berguna terutama dalam memahami keperluan digitalisasi dalam perniagaan. Pelaksanaan sistem ini oleh kerajaan Malaysia adalah langkah ke hadapan dalam memastikan ekosistem perniagaan yang lebih telus dan cekap. Dalam masa yang sama, sebagai usahawan dan peniaga, penting untuk kita turut melengkapkan diri dengan ilmu perancangan kewangan supaya operasi bisnes kita lebih tersusun dan berdaya saing.

    Juga – Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Promosi Ramadan Akademi Bijak Merancang Wang dan tingkatkan kefahaman anda mengenai pengurusan kewangan untuk kejayaan bisnes yang lebih besar!

    Kredit Gambar: FB PEHAM

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Pertama Menyertai PEHAM Pickleball Championship 2026

    February 13, 2026

    Pentas Mega Hartanah 2026: Pengalaman, Kesedaran dan Strategi Saya Sebagai Ejen Hartanah

    February 9, 2026

    Negotiator Certification Course (NCC) di Sungai Petani, Kedah – Peluang Terbaik Untuk Bakal Perunding Hartanah

    March 9, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...