Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    Retreat di Hotel Quayside: Nikmatnya Pemandangan Sungai Melaka

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 17, 2023No Comments1 Min Read

    Alhamdulillah baru selesai retreat Ahli Jawatankuasa Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) untuk kepimpinan yang baharu. Pelbagai rencana dan polisi telah diperbincangkan demi kebaikan profesion perejenan hartanah khususnya manfaat ahli-ahli persatuan.

    Retreat kali ini diadakan di Hotel Quayside yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah lokasi pelancongan dan bersebelahan Sungai Melaka menjadi satu nikmat yang dirasai ketika berada di hotel ini.

    Pada mulanya memang agenda retreat yang menjadi fokus pemikiran ketika dalam perjalanan ke bumi Melaka, namun apabila masuk ke bilik yang disediakan, timbul perasaan teruja dengan balkoni yang menghadap Sungai Melaka. Angin yang sepoi-sepoi bahasa ditemani keindahan sungai dan kemeriahan pengunjung yang lalu lalang sedikit sebanyak memberi kerehatan minda.

    Cuma apabila menginap di hotel ini, anda perlu bersedia untuk mencari lokasi tempat letak kereta yang sememangnya terhad. Ada tempat letak kereta awam dan perlu dibayar menggunakan kupon atau aplikasi Smart Vehicle Parking Melaka dan ada juga tempat letak kereta persendirian berdekatan dengan hotel ini.

    Syukur retreat kali ini menjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan apabila bukan sahaja gembira dapat menyelesaikan perbincangan yang penting untuk perencanaan aktiviti persatuan sepanjang tahun, malah berpeluang juga merasai nikmat pemandangan Sungai Melaka yang indah nan permai.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan

    July 3, 2026

    Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah

    June 19, 2026

    Berkunjung ke The Wanz Animal Park di Baling, Kedah: Peluang Melihat Pelbagai Haiwan Menarik Dari Pelbagai Negara

    June 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    • SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...