Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Teknologi

    Susun Atur Monitor PC: Di Tengah atau Di Penjuru Meja?

    Nasrul HanisNasrul HanisApril 10, 2025No Comments3 Mins Read

    Baru-baru ini saya telah membeli monitor PC untuk ruang kerja saya di rumah. Dan setelah beberapa hari survey, saya akhirnya memilih monitor ASUS VZ24EHF disebabkan ciri-ciri berikut:

    • Paparan IPS Full HD – warna terang dan sudut tontonan luas
    • Rekaan ultra-slim – jimat ruang meja
    • Teknologi Eye Care – kurang keletihan mata dengan penapis cahaya biru

    Saya beli monitor ASUS VZ24EHF di sini – klik untuk lihat

    Sebagai seorang yang banyak bekerja menggunakan komputer, saya mula memikirkan semula tentang kedudukan monitor PC di meja kerja saya. Nampak remeh, tapi sebenarnya ia memberi impak besar kepada keselesaan dan produktiviti harian.

    Dua pilihan utama yang saya pertimbangkan ialah:

    • Pilihan 1: Meletakkan monitor betul-betul di hadapan muka, di tengah hujung meja.
    • Pilihan 2: Meletakkan monitor di penjuru kanan meja.
    Ilustrasi menunjukkan dua pilihan susun atur monitor di meja, dengan pilihan 1 menampilkan seseorang duduk di hadapan monitor dan pilihan 2 menunjukkan seseorang duduk di sisi monitor.

    Setelah meneliti kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan, saya ingin berkongsi pandangan dan sedikit info ergonomik yang mungkin bermanfaat untuk anda yang sedang mempertimbangkan perkara sama.

    Pilihan 1: Monitor Di Tengah Meja (Depan Muka)

    Ini adalah susun atur yang paling ideal dari segi ergonomik. Bila monitor berada terus di hadapan, saya dapat duduk dalam posisi yang lebih tegak, bahu relaks, dan kepala tidak perlu berpaling. Ini penting terutamanya jika kita bekerja berjam-jam di hadapan skrin.

    Wadah ICT UKM menasihatkan untuk duduk secara tepat berhadapan kedudukan monitor dan memastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan mata bagi memastikan kita tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.

    Kelebihan:

    • Postur badan lebih sihat
    • Fokus lebih baik
    • Paparan lebih selari dengan keyboard dan tetikus

    Kekurangan:

    • Ruang meja tengah agak terhad untuk aktiviti lain

    Pilihan 2: Monitor Di Penjuru Kanan Meja

    Saya pernah mencuba setup ini kerana nak “bebaskan” ruang tengah meja untuk menulis dan membaca. Tapi selepas beberapa hari, leher saya mula terasa sengal. Ini kerana setiap kali nak melihat monitor, saya terpaksa berpaling sedikit ke kanan.

    Ergonomic Trends menyatakan bahawa memusing kepala ke sisi dalam tempoh lama boleh menyumbang kepada ketegangan otot dan risiko sakit leher kronik.

    Kelebihan:

    • Lebih banyak ruang meja untuk aktiviti lain
    • Sesuai jika monitor digunakan secara sampingan

    Kekurangan:

    • Tidak ergonomik untuk penggunaan jangka panjang
    • Boleh menyebabkan sakit tengkuk atau postur tidak seimbang

    Pilihan Saya: Letak Monitor Di Tengah

    Setelah mencuba kedua-dua setup, saya kembali kepada susun atur asal – monitor di tengah meja. Bagi saya, keselesaan jangka panjang lebih penting, terutama bila kerja saya melibatkan penulisan, suntingan gambar dan membaca analisis setiap hari.

    Untuk menyokong susun atur ini, saya juga pastikan kerusi mempunyai sokongan lumbar, dan meja tidak terlalu tinggi. NIOSH juga mencadangkan supaya skrin tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah supaya leher sentiasa berada dalam posisi neutral.

    Bukan Sekadar Soal Ruang

    Susun atur monitor bukan sekadar soal ruang, tapi berkait rapat dengan kesihatan tulang belakang, produktiviti, dan juga mood semasa bekerja. Jika anda sering bekerja menghadap skrin, susunlah monitor anda secara ergonomik – lurus, selari dengan mata, dan pada jarak yang sesuai.

    Jangan abaikan postur hanya kerana nak meja nampak cantik kerana tubuh badan dan kesihatan kita adalah aset yang paling penting.

    Rujukan

    1. Wadah ICT UKM. Penggunaan Komputer Secara Ergonomik
    2. Ergonomic Trends. Examples of Ergonomics at the Office (Problems & Solutions)
    3. NIOSH Science Blog. Joint Pain in The Workplace
    4. Mayo Clinic. Office ergonomics: Your how-to guide
    5. Wan Zahid, Flex Physiotherapy. Risiko Musculoskeletal: Kesan duduk lama depan PC
    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Tanda Timbul di Atas Butang F dan J Keyboard: Bukan Sekadar Hiasan

    January 19, 2026

    Amazfit T-Rex 2: Dari Kepuasan ke Ujian, Akhirnya Kembali Bernyawa

    June 16, 2025

    ANBERNIC RG35XX: Menggamit Kenangan Permainan Video Retro

    November 28, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...