Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Jumaat

    Ziarah di Bulan Syawal: Eratkan Ukhuwah, Raih Keberkatan

    Nasrul HanisNasrul HanisApril 11, 2025No Comments2 Mins Read

    Tajuk khutbah hari ini memang kena dengan suasana Syawal yang masih terasa – Ziarah: Ukhuwah Dierat, Meraih Berkat.

    Pengisian khutbah ni menyentuh hati saya. Antara mesej utama yang saya tangkap ialah betapa besarnya ganjaran dan kepentingan ziarah-menziarahi dalam Islam. Bukan sekadar adat, tapi sunnah dan sumber keberkatan.

    Saya sendiri pun, Alhamdulillah, dah siap susun dalam jadual nak ziarah beberapa sahabat sepanjang bulan Syawal ni. Ada yang saya dah lama tak jumpa, ada juga yang selalu saya rindu nak sembang panjang. Inilah peluangnya untuk eratkan balik ukhuwah yang mungkin terputus kerana kesibukan dunia.

    Kenapa Ziarah Itu Penting?

    Khutbah tadi menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    “Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Maknanya, bukan saja dapat eratkan hubungan sesama manusia, tapi juga mendatangkan keberkatan dalam rezeki dan umur kita. Kalau kita ziarah dengan ikhlas, penuh adab dan akhlak, itu dah jadi ibadah.

    Antara adab yang disebut dalam khutbah ialah:

    • Berpakaian sopan dan menutup aurat
    • Memberi salam dan minta izin sebelum masuk rumah
    • Datang pada waktu yang sesuai
    • Tidak berada terlalu lama hingga menyusahkan tuan rumah
    • Bawa doa untuk tuan rumah – walaupun simple, tapi besar maknanya

    Kekal Wangi Sepanjang Ziarah

    Kalau anda jenis yang suka tampil segar dan berbau harum setiap kali berjumpa sahabat handai, perfume ni memang wajib ada dalam beg. Saiznya yang comel dan mudah dibawa ke mana-mana memudahkan kita untuk sentiasa kekal wangi tanpa perlu sembur banyak kali. Sesuai sangat untuk dipakai sebelum ziarah ke rumah keluarga atau kawan-kawan, lebih-lebih lagi bila Syawal ni penuh dengan jemputan.

    Pilih bauan yang lembut dan tahan lama, confirm tuan rumah pun rasa selesa bila kita datang berkunjung.

    >> Lihat Perfume Fresh Best Seller Di Sini <<

    Peluang Hidupkan Ukhuwah

    Syawal ni bukan hanya tentang makan ketupat dan pakai baju cantik, tapi peluang untuk kita hidupkan balik semangat ukhuwah. Jom kita ziarah sahabat dan keluarga dengan penuh adab dan kasih sayang.

    Saya doakan semua sahabat pembaca blog saya pun dapat luangkan masa ziarah sesiapa yang dirindui.

    Salam ukhuwah dari saya!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Doa Senjata Rahsia Mukmin: Hasbunallah wa Ni’mal Wakil Simbol Keteguhan Hati

    October 10, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...