Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kesihatan

    Dijangkiti Rotavirus: Saat Kesakitan Mendebarkan

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 26, 20232 Comments2 Mins Read

    Bismillah. Ketika artikel ini ditulis, saya masih berada di dalam wad menjalani proses penyembuhan selepas diserang rotavirus.

    Rotavirus – yang dinamakan dari Latin “rota” bermaksud roda kerana bentuknya seperti roda, berupaya menjangkiti usus dan mengakibatkan demam tinggi, sakit perut berterusan, muntah dan cirit-birit. Muntah dan cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan cecair badan (dehidrasi) dan boleh mengancam nyawa jika cecair badan tidak diganti dengan segera.

    Jangkitan boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa terutamanya yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak. Rotavirus ini mudah berjangkit dengan penyebaran daripada najis individu dijangkiti ke mulut individu yang lain melalui kaedah tangan ke mulut.

    Saya pada mulanya mengalami kesakitan pada perut yang dianggap berkemungkinan dari salah makan. Namun setelah melalui fasa cirit-birit sehingga keletihan yang teramat, saya dan isteri terus bergegas ke hospital berdekatan untuk medapatkan rawatan segera. Keputusan ujian mendapati saya sah dijangkiti rotavirus dan terus diberi ubat-ubatan dan dimasukkan ke wad.

    Pelbagai teori bermain di minda kami dari mana saya dijangkiti. Namun akhirnya kami sependapat apa yang penting ialah proses penyembuhan yang secukupnya. Alhamdulillah cirit-birit telah berhenti dan badan terasa kembali segar. Selepas ini apa yang perlu diamalkan ialah penjagaan kebersihan khususnya membasuh tangan dengan kerap terutama sekali apabila melibatkan makanan.

    Keadaan yang dilalui tersebut merupakan saat kesakitan yang mendebarkan. Saya bersyukur kerana telah mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan segera dan tidak menunggu lama setelah mengalami simptomnya.

    Rujukan

    1. MyHealth. Jangkitan Rotavirus.
    2. Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Awas Serangan Rotavirus Pada Anak. 6 Fakta Ini Sangat Penting!
    3. Hello Doktor. Jangkitan Rotavirus.
    4. Nor ‘Asyikin Mat Hayin, MyMetro. Jangkitan Rotavirus.
    5. Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengasuhan Positif. Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rotavirus.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian

    April 6, 2026

    Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?

    January 22, 2026

    Menyesal Tak Jaga Gigi Dari Kecil: Apa Yang Saya Pelajari

    November 2, 2025

    2 Comments

    1. Pingback: Tahniah Kepimpinan Baharu Alumni INSPEN 2023/2025 | Nasrul Hanis

    2. Pingback: Larian Perpaduan 2023 | Nasrul Hanis

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Musim Hujan dan Penunggang Motosikal di Malaysia: Persediaan Yang Selalu Dipandang Ringan
    • Telefon Semakin Mahal, Teknologi Semakin Canggih, Tapi Kenapa Hidup Ramai Orang Makin Penat?
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...