Alhamdulillah setelah sekian lama menanti untuk menyertai program larian, akhirnya berpeluang juga buat kali pertama menyertainya pada hari terakhir 2024.
Sudah seminggu lebih saya kembali menjalani rutin jogging setelah berupaya meluangkan masa dan juga atas nasihat doktor untuk mengamalkan pemakanan sihat dan menjalankan rutin senaman setelah selesai penyembuhan dari serangan Rotavirus . Sudah lama sebenarnya berhajat untuk menyertai program larian dan seumpamanya cuma belum berksempatan.
Nak dijadikan cerita tengahari 29 Disember sahabat saya Khairul (BroHartanah) telah menghantar pautan untuk meyertai Larian Perpaduan 2023 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Tanpa membuang masa pendaftaran dan pembayaran diselesaikan segera. 30 Disember – race kit collection di Decathlon KL City Centre. Alang-alang dapat voucher Decathlon, terus beli pouch bag dan stokin.
Larian Perpaduan 2023 sejauh 5km ini diadakan di MRANTI Park, Bukit Jalil. Selain acara larian, ada juga aktiviti lain seperti sukan rakyat, pertunjukan kereta dan persembahan dari artis tempatan termasuk Black, Tomok & Vince serta dihoskan oleh Hafizal Hamad.
Larian bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan Rukun Negara dan seterusnya perlepasan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Datuk Azman bin Mohd Yusof. Jalan laju dan jogging seperti yang selalu diamalkan cuma sakit kaki sikit apabila melalui kawasan berbukit. Hebat bila tengok ada yang lebih laju walaupun menolak stroller dengan anak masing-masing.
Alhamdulillah larian selesai dalam masa 55 minit 57 saat. Bolehlah untuk larian kali pertama. Yang gembira ialah perasaan pertama kali dapat medal. InsyaAllah semoga berpeluang lagi untuk menyertai program larian seterusnya dengan catatan peribadi yang lebih baik.
Terima kasih Kementerian Perpaduan Negara yang menganjurkan Larian Perpaduan 2023 ini!