Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Aktiviti

    Tahniah Kepimpinan Baharu Alumni INSPEN 2023/2025

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 27, 2023No Comments2 Mins Read

    Usai selesai urusan keluar dari wad, sampai khabar bahawa Alumni Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan kepimpinan baharu bagi sesi 2023/2025.

    Selaku salah seorang alumni INSPEN, persatuan Alumni INSPEN juga amat penting buat saya di samping institusi-institusi lain yang saya menjadi alumninya. Walaupun tempoh pengajian Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) tidak lama iaitu sekitar 15 bulan sahaja, INSPEN merupakan tempat di mana saya mengenal kebanyakan pemain industri perejenan hartanah juga tempat mendewasakan diri. Sebagai pelajar separuh masa, saya berpeluang bergaul dengan sahabat-sahabat sekelas yang terdiri dari perunding-perunding hartanah yang lebih berpengalaman pada ketika itu. Ia adalah satu proses penting bagi saya mengaut sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan dari mereka.

    Justeru Alumni INSPEN ini amat penting dalam berperanan untuk mempertautkan bekas pelajar INSPEN dari kursus Penilaian Hartanah, Pengurusan Hartanah dan Sijil Agensi Harta Tanah yang kini sudah semakin besar bilangan ahlinya. Dengan kekuatan yang ada, tidak mustahil akan banyak program yang boleh dijayakan demi kepentingan para alumni dan juga INSPEN.

    Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Alumni INSPEN baharu bagi sesi 2023/2025 – saudara Shafiq Iqram dan pasukannya. Kami akan menyokong segala usaha dan gerak kerja yang bermanfaat untuk alumni dan juga industri hartanah kita.

    Selamat berkhidmat!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan

    July 3, 2026

    Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah

    June 19, 2026

    Berkunjung ke The Wanz Animal Park di Baling, Kedah: Peluang Melihat Pelbagai Haiwan Menarik Dari Pelbagai Negara

    June 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Harta Yang Kita Simpan Belum Tentu Menjadi Milik Kita
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...