Larian Ke Masjid 2024

Nasrul HanisAktiviti Leave a Comment

Alhamdulillah saya dan sahabat-sahabat telah menyertai Larian Ke Masjid 2024. Larian adalah sepanjang 5km sebagai salah satu acara Karnival Jom Ke Masjid yang dianjurkan oleh Masjid Bukit Kapar 2.

Acara dimulakan oleh dengan senaman dan kemudian acara perlepasan oleh YB Ustaz Najhan, ADUN Sementa. Seperti biasa permulaan ramainya akan perlahan sedikit sebelum masing-masing menukar kelajuan mengikut rentak sendiri.

Laluan larian meliputi Jalan Kempas, Jalan Sebaya dan Jalan Seri Jaya. Walaupun selalu juga lalu jalan-jalan ini, pengalaman sudah pastinya berbeza menaiki kenderaan dengan berjalan kaki.

Alhamdulillah larian selesai dengan average pace yang semakin baik berbanding larian yang lalu. Medal larian, air mineral dan cap The Capal terus diberikan urusetia dia garisan penamat.

Usai larian, masa dinikmati dengan berjalan-jalan di gerai karnival termasuklah Crochet Gift by Warisah Zuki yang turut menawarkan pelbagai pilihan produk jahitan dan mengait istimewa untuk para pengunjung.

Karnival juga diserikan dengan sesi tazkirah, cabutan bertuah, permainan board dan sesi persembahan. Semoga lebih banyak karnival seperti ini akan dapat diadakan lagi oleh Masjid Bukit Kapar 2 dan juga masjid-masjid lain pada masa akan datang demi meningkatkan lagi minat masyarakat untuk melibatkan diri dengan aktiviti di masjid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *