Alhamdulillah bulan Ramadhan yang mulia kembali menjelma.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah memaklumkan bahawa 1 Ramadhan 1445H akan jatuh pada 12 Mac 2024 (Selasa).
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana umat Islam akan menjalani ibadah fardhu berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari.
Seperti tahun-tahun yang lalu, kerja hakiki sebagai ejen hartanah akan tetap diteruskan di samping menjalani ibadah berpuasa. Disusuli ruang untuk bertadarus dan tarawih pada malam harinya. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan penuh ketaqwaan kepadaNya di sepanjang bulan yang mulia ini.
Marilah bersama mengambil peluang memperbanyakkan amal soleh, ibadah dan zikir supaya kita berupaya menjadi seorang hambaNya yang lebih baik menjelang hari yang mendatang.
Marhaban Ya Ramadhan!