2023 Direkod Sebagai Tahun Terpanas

Nasrul HanisDunia Leave a Comment

Menurut laporan iklim baharu yang dikeluarkan oleh Copernicus, 2023 telah disahkan sebagai tahun terpanas dalam rekod, melampaui 2016, tahun terpanas sebelumnya. Data dalam rekod ini direkod semenjak tahun 1850.

Untuk 2023, purata suhu dunia ialah 14.98 darjah Celsius (58.96 darjah Fahrenheit). Rekod tertinggi ialah 14.81 darjah Celsius (58.66 F) pada 2016.

Tahun itu memecahkan rekod dengan penciptaan rekod baharu. Disember 2023 adalah bulan yang paling panas dalam rekod di seluruh dunia.

Sebagai hasil daripada analisis, paras pemanasan 2023 adalah 1.48 darjah Celsius (2.66 F) lebih panas daripada paras rujukan pra-industri dari 1850 hingga 1900, dan hampir separuh daripada hari akan melebihi had pemanasan 1.5°C. Menurut pakar, dua hari pada bulan November menampilkan hari yang lebih panas daripada 2°C buat kali pertama dalam rekod.

Isu pemanasan global ini seharusnya menjadi satu isu yang diambil berat oleh kita. Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan pelepasan karbon dan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui untuk menangani isu iklim. Walaupun kita juga memerlukan sokongan dari mereka yang berautoriti, kita sebagai individu juga boleh turut sama membantu dengan masing-masing mengurangkan jejak karbon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *