Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melaungkan seruan untuk menyelamatkan penduduk Gaza ketika Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat.
Mesej beliau adalah pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan & tidak ada pilihan lain lagi.
Katanya lagi, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman terhadap orang awam, rumah dan hospital, begitu juga dengan kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak, di mana ia melibatkan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
Angka kematian dalam krisis yang berterusan sejak 7 Oktober 2023 yang lalu kini meningkat kepada kira-kira angka 12,000.
“Setiap saat amat penting, dan setiap detik apabila suara oleh pemimpin dunia untuk menghentikan pengeboman berterusan begitu lewat, ia bermakna lebih ramai bayi akan menjadi mangsa,”
– Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
Sama-samalah kita mendoakan agar keamanan dapat dicapai agar tiada lagi nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman perang yang tidak berkesudahan.