Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Teknologi

    ANBERNIC RG35XX: Menggamit Kenangan Permainan Video Retro

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 28, 2023No Comments2 Mins Read

    Saya adalah seorang peminat permainan video sejak kecil. Masih terkenang kali pertama menikmati konsol kartrij sekitar 1990-an. Permainan video retro kebanyakannya lebih ringkas jalan ceritanya berbanding permainan video masakini yang berciri lebih kompleks.

    Sekitar 1997 saya mula berpeluang untuk mencuba permainan berasaskan komputer dan selain munculnya permainan berasaskan teknologi terbaru pada ketika itu, permainan video retro seperti Samurai Shodown juga masih boleh dimainkan menerusi program-program emulator yang samada dijual atau telah tersedia dipasang di dalam komputer.

    Pada hari ini dengan kecanggihan teknologi yang ada, dapat kita lihat munculnya pelbagai program emulator yang membolehkan kita menikmati permainan video retro pada zaman kegemilangannya. Dan apa yang lebih menarik, kini juga ada pelbagai pilihan untuk peranti mudah alih yang disertakan emulator termasuklah ANBERNIC RG35XX.

    Yang paling menyeronokkan sudah tentulah ianya mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana. Seterusnya ialah himpunan permainan video retro yang tersedia untuk dipilih dan dimainkan pada bila-bila masa. Harganya juga pada saya berpatutan dengan peranti cantik yang berbentuk ala-ala Gameboy dan dengan kebolehan untuk menyokong fail permainan yang berasaskan PS1, CPS, FBA, NEOGEO, GBA, GBC, GB, SFC, FC, MAME, MD, GG, PCE, NGPC, SMS, WSC, dan beberapa lagi format.

    Menggunakan sistem operasi Linux, ANBERNIC RG35XX dikuasakan oleh Quad-core ARM Cortex-A9 dan Quad-core PowerVR SGX544MP GPU dengan memori RAM DDR3 256MB. Skrin yang disediakan bersaiz 3.5 inci dengan sudut tontonan penuh IPS dan OCA full lamination 640*480. Storan pula bersaiz 64GB dengan pilihan storan tambahan TF atau MicroSD. Dengan bateri Li-polymer 2100 mAh, peranti ini dijangka bertahan untuk tempoh 5 jam (5V/1.5A) sebelum pengecasan seterusnya.

    Pilihan warna yang tersedia ialah warna kelabu, ungu lutsinar dan putih lutsinar.

    Bagi peminat permainan video retro seperti saya – ini antara peranti yang saya nanti-nantikan!

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Tanda Timbul di Atas Butang F dan J Keyboard: Bukan Sekadar Hiasan

    January 19, 2026

    Amazfit T-Rex 2: Dari Kepuasan ke Ujian, Akhirnya Kembali Bernyawa

    June 16, 2025

    Susun Atur Monitor PC: Di Tengah atau Di Penjuru Meja?

    April 10, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...