Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kewangan

    Berwaspada Dengan Keselamatan Perbankan Online Anda

    Nasrul HanisNasrul HanisDecember 17, 2018No Comments2 Mins Read

    Kejadian terbaru di mana amaun wang pengguna dilaporkan hilang dari akaun perbankan online masing-masing adalah sesuatu yang harus dipandang serius.

    Saya terkenang sejumlah amaun wang saya telah hilang dari akaun online saya sekitar 5 tahun yang lalu. Amaun tersebut telah keluar melalui akaun Paypal dan digunakan untuk membeli sesuatu melalui pasaran antarabangsa. Mujur saya pantas bertindak dengan terus menghubungi servis pelanggan Paypal untuk mendapatkan kembali amaun tersebut. Tapi makan masa jugalah dan pelbagai dokumen sokongan perlu disediakan. Justeru saya sedikit sebanyak memahami apa yang berlaku kepada pengguna perbankan online yang terlibat dengan kehilangan wang ini.

    Pastikan Kata Laluan Kuat

    Pastikan ID dan kata laluan (password) anda kuat dan sukar untuk diteka oleh orang lain. Kecurian wang dari perbankan online bukan sahaja berlaku melalui penggodam namun boleh juga berlaku sekiranya maklumat akses terdedah atau dapat diteka oleh orang lain. Elakkan dari menggunakan kata laluan yang hampir serupa dengan nama anda, nama ibu bapa, isteri, anak, haiwan peliharaan, nombor kad pengenalan, plet kereta atau yang mudah diteka berdasarkan diri anda.

    Gunakan aksara yang pelbagai termasuk simbol untuk menyukarkan orang lain meneka kata laluan anda.

    Ambil Tahu Maklumat Keselamatan Terkini Dari Bank

    Saya melihat ramai di antara kita yang kurang cakna akan maklumat keselamatan terbaru dari pihak penyedia perbankan online. Menjadi keutamaan bank untuk menyediakan keselamatan terbaik untuk simpanan kita justeru akan ada penambahbaikan ciri-ciri keselamatan dari masa ke semasa.

    Jangan hanya ambil tahu soal keselamatan ini apabila anda terlibat dengan kehilangan wang atau hal tersebut viral. Boleh langgan newsletter dari pihak bank untuk sentiasa memperoleh maklumat terkini.

    CIMBClicks Dinyatakan Selamat

    Rentetan dari kejadian yang berlaku, CIMB telah menyatakan bahawa sistem portal perbankan adalah selamat dan orang ramai tidak perlu risau. Berita selanjutnya di sini: CIMBClicks selamat, orang ramai tak perlu bimbang.

    Namun begitu saya berpandangan mereka mesti ada penyelesaian yang meyakinkan untuk masalah ini. Sekiranya hal ini berlarutan, berkemungkinan besar para pengguna akan beralih arah ke penyedia perbankan lain yang diyakini lebih selamat.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pasaran Hartanah 2024: Rekod Meningkat, Masa Untuk Pertimbangan Pelaburan

    February 26, 2025

    Wanita Bijak, Keluarga Sejahtera: Hadiahkan Ilmu Kewangan Kepada Wanita Tersayang

    February 19, 2025

    KWSP Umum Dividen 5.35% Simpanan Konvensional & 4.75% Simpanan Shariah

    March 4, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.