Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kewangan

    Pasaran Hartanah 2024: Rekod Meningkat, Masa Untuk Pertimbangan Pelaburan

    Nasrul HanisNasrul HanisFebruary 26, 2025No Comments2 Mins Read

    Pasaran hartanah Malaysia pada tahun 2024 telah menunjukkan prestasi yang luar biasa, mencatatkan peningkatan ketara dalam bilangan dan nilai transaksi. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi meningkat sebanyak 5.4% kepada 420,545, dengan nilai keseluruhan RM232.30 bilion, berbanding 399,008 transaksi bernilai RM196.80 bilion pada tahun 2023.

    Pertumbuhan ini didorong oleh beberapa faktor utama, termasuk pelaksanaan inisiatif kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Antara usaha tersebut adalah pelonggaran syarat permohonan bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pelaksanaan projek industri utama di wilayah utara, pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta penubuhan Zon Kewangan Khas di Forest City, Johor.

    Selain itu, pasaran hartanah kediaman juga mencatatkan perkembangan positif. Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat sebanyak 3.3%, dengan harga purata mencapai RM486,678 seunit. Semua negeri mencatatkan pertumbuhan sederhana antara 0.6% hingga 5.5%, dengan rumah berkembar mendahului peningkatan pada kadar 4.1%, diikuti rumah teres (3.6%), rumah sesebuah (2.6%), dan bangunan bertingkat tinggi (2.3%).

    Prestasi jualan hartanah kediaman siap dibina yang tidak terjual turut menunjukkan penurunan kepada 23,149 unit bernilai RM13.94 bilion, berbanding 25,816 unit bernilai RM17.68 bilion pada tahun sebelumnya.

    Kehadiran Wakil PEHAM

    Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) yang diwakili oleh Presiden, Sr Idzwan Izuddin Shah, Setiausaha, Puan Rosila binti Muji, dan Exco, En. Muhammad Muslih Thani bin Nubli, terus komited dalam menyokong perkembangan positif pasaran hartanah negara dengan menghadirkan diri ke Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tahun 2024 yang diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

    Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

    Dalami Ilmu Pelaburan & Bina Kekayaan

    Bagi anda yang berminat untuk mendalami ilmu pelaburan untuk membina kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan, saya mengesyorkan buku Melabur untuk Kaya yang menyediakan panduan komprehensif tentang strategi pelaburan yang berkesan. Dapatkan di sini.

    Dengan prestasi memberangsangkan pasaran hartanah pada tahun 2024 dan sokongan berterusan daripada pihak berkaitan, kini adalah masa yang tepat untuk mempertimbangkan pelaburan dalam sektor ini bagi mencapai matlamat kewangan anda.

    Video strim Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tahun 2024 boleh ditonton di sini.

    Rujukan

    • BERNAMA. Pasaran Harta Tanah 2024 Rekod Prestasi Luar Biasa, Nilai Transaksi cecah Rekod Tertinggi.
    • Berita RTM. Pasaran hartanah 2024 rekod prestasi memberangsangkan.

    Kredit Gambar: Puan Rosila Muji

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Negotiator Certification Course (NCC) di Sungai Petani, Kedah – Peluang Terbaik Untuk Bakal Perunding Hartanah

    March 9, 2025

    Menyertai Program E-Invoice Dalam Agensi Hartanah Anjuran PEHAM

    February 28, 2025

    Futsal Piala Presiden PEHAM 2025: Semangat, Persahabatan & Sukan

    February 21, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...