Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kewangan

    GST 0% Bermula Hari Ini

    Nasrul HanisNasrul HanisJune 1, 2018No Comments2 Mins Read

    Mulai hari ini 1 Jun 2018 kadar sifar peratus Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Hal ini secara rasmi diumumkan melalui siaran media oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 27 Mei 2018. GST pada kadar sifar peratus ini adalah satu langkah yang dilaksanakan kerajaan baru Malaysia dipimpin Pakatan Harapan dalam memenuhi manifestonya untuk menghapuskan GST.

    Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula diumum akan diperkenalkan semula pada 1 September 2018. Jadi ada tempoh di mana tidak ada pengenaan cukai barangan atau tax holiday di Malaysia selama 3 bulan.

    Pemantauan Harga Barang

    Pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta para pengguna untuk peka dengan harga barang dan memastikan bahawa pelaksanaan GST pada kadar sifar dilaksanakan oleh para peniaga. Buat aduan segera jika masih ada yang mengenakan kadar GST sebelum ini.

    Ambil Peluang untuk Berbelanja

    Apa yang dijangkakan ialah berlakunya penurunan harga barangan di seluruh negara termasuklah barangan keperluan harian, telefon bimbit dan juga kenderaan. Perkhidmatan seperti perkhidmatan bank juga tidak terkecuali. Justeru di dalam tempoh 3 bulan tanpa kadar cukai atau tax holiday ini, jom ambil peluang untuk berbelanja.

    Saya dan isteri sedang membuat perbandingan harga barangan dan merancang untuk membeli barangan tertentu secara pukal terutamanya keperluan harian mereka seperti susu dan lampin untuk anak-anak.

    Alhamdulillah anggaplah ini suatu rezeki sempena bulan Ramadhan ini. Walaupun begitu, pastikan kita sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Ukurlah baju di badan sendiri.

    Rujukan

    1. Alexander Wong, SoyaCincau.com. 0% GST: iPhone prices reduced up to RM334 in Malaysia
    2. Bernama – GST 0%: Kereta Perodua lebih murah mulai esok
    3. Intan Farhana Zainul. The Star Online. A ‘tax holiday’ for all Malaysians
    4. Manirajan Ramasamy dan Irwan Shafrizan Ismail dan Mohd Nasarudin Parzi, Harian Metro. SST bermula 1 September 2018
    5. Mazwin Nik Anis, mStar. Peka harga barang selepas GST sifar – KPDNKK
    6. Muhd Shahizam Tazali, Utusan Online. Perodua tawar penjimatan sehingga RM3,500 tanpa GST
    7. V. Ragananthini, theSundaily. First tax holiday for Malaysian consumers in 40 years begins tomorrow
    Abonnement IPTV
    Abonnement IPTV
    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pasaran Hartanah 2024: Rekod Meningkat, Masa Untuk Pertimbangan Pelaburan

    February 26, 2025

    Wanita Bijak, Keluarga Sejahtera: Hadiahkan Ilmu Kewangan Kepada Wanita Tersayang

    February 19, 2025

    KWSP Umum Dividen 5.35% Simpanan Konvensional & 4.75% Simpanan Shariah

    March 4, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Abonnement IPTV
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.