Pilihanraya Umum Ke-14: Malaysia Memilih

Nasrul HanisNegara 2 Comments

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 9 Mei 2018 sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 28 April untuk hari penamaan calon manakala 5 Mei 2018 untuk hari pengundian awal.

Alhamdulillah ini adalah kali kedua saya berpeluang untuk terlibat dalam PRU setelah layak mengundi kali pertama pada PRU-13 yang lalu. Pengalaman pertama sememangnya mengujakan namun terasa keterujaan untuk mengundi untuk kali kedua ini tetap sama. Faktanya 1 undi dari kita adalah sama penting seperti undi dari pengundi-pengund berdaftar yang lain. 1 undi boleh menentukan samada seseorang calon akan menang dan dipilih sebagai wakil rakyat malah 1 undi dan 1 kerusi juga boleh menentukan samada sesuatu parti atau gabungan parti akan diberi mandat untuk memerintah di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Majoriti Pengundi Muda

Statistik SPR menunjukkan peratusan pengundi berdaftar seperti berikut.

  • 30-39 tahun: 23.92%
  • 50-59 tahun: 18.35%
  • 21-29 tahun: 17.02%
  • 80-89 tahun: 1.86%
  • 90 tahun ke atas: 0.45%

Boleh dilihat pengundi belia (40 tahun & ke bawah) adalah pengundi dengan peratusan terbesar pada PRU kali ini. Justeru kecaknaan anak muda kepada isu integriti, kos sara hidup, urustadbir negara & politik semasa adalah tersangat penting pada ketika ini.

Jangan Sia-siakan Undi

Jangan kita sia-siakan undi kita dengan memboikot proses pengundian, mengundi dengan tidak cermat sehingga menyebabkan berlaku undi rosak, atau mengundi secara semberono dengan mengikut emosi atau ikut-ikutan.

Inilah masa untuk kita menghakimi setiap ahli-ahli politik & parti-parti politik termasuk calon wakil rakyat yang akan bertanding di kawasan kita. Lihatlah mereka atas dasar kewibawaan, prinsip pegangan & kebertanggungjawaban kerana merekalah insan yang akan memacu halatuju negara kita untuk tahun-tahun yang mendatang sebelum tiba Piliharaya yang seterusnya.

Jom turun mengundi!

Rujukan

  1. Utusan Online. 9 Mei tarikh pengundian PRU-14, penamaan calon 28 April.
  2. The Malaysian Times. PRU14: Selangor negeri paling ramai pengundi.
  3. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Siapakah Belia?
  4. Fatihah Jamhari, Utusan Online. Undi anak muda penting.

 

Comments 2

  1. Pingback: PRU14: Selesai Mengundi

  2. Pingback: Tarikh-tarikh Penting PRU15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *