Pengetahuan dan pengalaman harus dikongsi bersama mereka yang lain supaya ada yang terjaga dari lena.
KAED Festival (KAEDFest) adalah acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun dan kali ini ada seorang sahabat yang diberi peluang untuk berbicara dalam sesi Alumni Talk. Bukanlah isi kandungan bicaranya yang ingin saya bincangkan kerana saya juga tidak hadir sesi Alumni Talk ini.
Mohd Ridzuan Rosli atau nama panggilannya Duan adalah seorang pengusaha francais makanan yang berasal dari Jepun iaitu takoyaki. (Dia dari Pahang, makanan yang asal-usulnya dari Jepun.) Jenamanya juga bernama MyTakoyaki. Cita-citanya ingin menjadi sehebat (mungkin lebih hebat) dari Burger Ramly.
Melihat kejayaan yang dilakarkan ternyata menyorot kembali kenangan ketika zaman bersama-sama sebagai pelajar jurusan perancangan bandar di UIA suatu masa dulu. Membina keluarga dan perniagaan di usia yang muda dan ketika masih bergelar seorang mahasiswa – bukanlah halangan untuk memulakan langkah berniaga.
Bukan sedikit dugaan dan kerugian yang dihadapi beliau namun tetap dilalui.
Tidak dinafikan saya juga salah seorang penggemar takoyaki ini. Alhamdulillah hasilnya sentiasa memuaskan. Kali terakhir saya menempah Party Box Takoyaki untuk gathering Raya Alam Harta Realty yang lalu, muncul penyesalan apabila hanya menempah 3 kotak sahaja kerana ketiga-tiga kotak tersebut telah dihabiskan hadirin awal-awal lagi.
Ada beberapa perkara yang saya pelajari dari kisahnya ini:
- Perniagaan mesti ada halatuju dan cita-cita besar
- Mesti ada keberanian dalam mengusaha dan melebarkan sayap perniagaan
- Kualiti produk, pekerja dan rakan niaga mesti sentiasa dijaga
- Kepuasan pekerja dan pelanggan mesti sentiasa diambil kira
- Pedulikan apa orang lain kata – mesti teruskan mencapai matlamat
Akhirul kalam – boleh LIKE page MyTakoyaki dan hubungi beliau untuk menjadi rakan niaganya.
https://www.facebook.com/mytakoyakimalaysia/
Selamat maju jaya & tahniah Duan!