Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Negara

    Tarikh-tarikh Penting PRU15

    Nasrul HanisNasrul HanisOctober 20, 2022No Comments2 Mins Read

    Susulan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan sidang media untuk memaklumkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sidang media itu diadakan setelah selesai mesyuarat khas yang berlangsung di Menara SPR dan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

    Mesyuarat Khas tersebut telah memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.

    PRU pada kali ini berlainan dari PRU yang terdahulu apabila pilihanraya Dewan Rakyat tidak diadakan serentak dengan kebanyakan pilihanraya DUN. Ini adalah kerana DUN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak tidak dibubarkan kerana belum mencapai tempoh matang manakala DUN Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – yang akan tamat tempoh mandatnya pada tahun depan, juga tidak membubarkan DUN masing-masing.

    PRU15 juga akan diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.66 Bugaya disebabkan kematian penyandangnya pada November 2020.

    Berikut ialah tarikh-tarikh penting PRU15 yang telah diumumkan oleh SPR:

    • Tarikh Keluar Writ: 20 Oktober 2022
    • Penamaan Calon: 5 November 2022
    • Undi Awal: 15 November 2022
    • Hari Pengundian: 19 November 2022 (Sabtu)

    Memandangkan tarikh hari pengundian telah pun diumumkan, kita sudah boleh bersedia untuk merancang aktiviti dan perjalanan masing-masing untuk sama-sama turun ke pusat-pusat mengundi dan seterusnya menunaikan tanggungjawab kita untuk memilih wakil-wakil rakyat dan menentukan kerajaan yang akan mentadbir untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

    Anda boleh menyemak daftar pemilih untuk melihat DUN dan Parlimen yang melibatkan anda sebagai pengundi di halaman MySPRSemak.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026

    June 12, 2026

    DUN Johor Dibubarkan: Laluan Baharu Buat Rakyat Menentukan Arah Negeri

    June 1, 2026

    Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi: Mengingati Legasi Seorang Negarawan Berjiwa Luhur

    April 14, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Bila Fikiran Terlalu Penat, Mungkin Yang Kita Perlukan Hanyalah Berjalan
    • Pengalaman Menaiki LRT Shah Alam yang Sekian Lama Dinantikan
    • Hi-Tea BSN: Refleksi Masa, Misi dan Cabaran Dunia Hartanah
    • Hijrah Bukan Sekadar Tukar Tahun, Tetapi Keberanian Mengubah Diri
    • SPR Tetapkan Tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    Loading Comments...