Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kesihatan

    Tonsil Bengkak: Ambil Peduli

    Nasrul HanisNasrul HanisNovember 23, 2023No Comments2 Mins Read

    Tonsil – dua kelenjar berbentuk bujur yang terletak di belakang tekak, adalah sebahagian daripada sistem imun badan, dan ia mencegah patogen memasuki badan menerusi hidung atau mulut. Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama untuk mencegah benda asing seperti virus atau bakteria daripada masuk ke dalam organ utama seperti paru-paru yang berpotensi membawa masalah kepada sistem pernafasan.

    Tonsil bengkak yang juga disebut tonsilitis adalah keadaan di mana tonsil mula membengkak dan meradang akibat jangkitan virus atau bakteria. Ketika hal ini berlaku, sel darah putih akan berkumpul di bahagian tekak sehingga kawasan tersebut bengkak dan menyebabkan kesakitan.

    Keadaan ini boleh berlaku kepada semua individu dari pelbagai lapisan usia namun lebih berisiko terjadi kepada kanak-kanak dan remaja di dalam lingkungan umur 5 ke 15 tahun. Ini boleh terjadi kerana lingkungan umur ini belum pernah terdedah kepada kuman tersebut, berbanding individu dewasa yang telah terdedah dan imun dengan kuman yang serupa.

    Tonsil yang membengkak dan meradang mungkin berbahaya jika individu tersebut tidak mengambil apa-apa langkah atau rawatan dari doktor. Justeru perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu.

    Adalah penting untuk mengetahui samada benar kita mengalami tonsil bengkak (tonsilitis) atau penyakit lain yang berkaitan dan membolehkan doktor menentukan kaedah rawatan yang selanjutnya. Jika benar ia tonsilitis, rawatan adalah bergantung kepada keadaannya. Jika masih di tahap yang belum teruk, pengambilan antibiotik untuk membunuh virus atau bakteria mungkin sudah mencukupi. Namun jika ianya telah mencapai satu tahap yang teruk, pembedahan untuk membuang tonsil (tonsilektomi) mungkin perlu dilakukan untuk mencegah keadaan yang lebih teruk.

    Mengenalpasti keadaan sakit tekak yang mungkin disebabkan tonsil bengkak dan faktornya adalah penting untuk mengelakkan ianya dari berulang. Begitu juga dengan pengamalan hidup sihat seperti menjaga kebersihan dan mengelakkan diri dari individu yang mempunyai selsema, batuk, demam atau yang dijangkiti virus dan bakteria untuk mengelakkan jangkitan kuman pada saluran pernafasan kita.

    Rujukan

    1. Pantai Hospital. Apa itu kanser tonsil?
    2. Hello Doktor. 9 Gejala Dan 7 Kesan Tonsil Bengkak (Tonsilitis) Yang Anda Perlu Beri Perhatian!
    3. Hello Doktor. Ini 14 Simptom Radang Tonsil! Usah Biarkan Sebab Boleh Bawa Maut!
    4. The Diagnosa. Tonsil Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan.
    5. Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Sakit Tekak.
    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian

    April 6, 2026

    Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?

    January 22, 2026

    Menyesal Tak Jaga Gigi Dari Kecil: Apa Yang Saya Pelajari

    November 2, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Jangan Pernah Putus Harap: Rahmat Allah Sentiasa Dekat Walau Dalam Gelap
    • Khasiat Telur Rebus: 7 Manfaat Utama Untuk Diet, Tenaga, dan Kesihatan Harian
    • Aidilfitri 1447H: Raya Dalam Ketenangan, Syukur dan Kesedaran Diri
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

     

    Loading Comments...