Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Nasrul Hanis
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Nasrul Hanis
    Kewangan

    Ukur Baju di Badan Sendiri

    Nasrul HanisNasrul HanisOctober 25, 2015No Comments3 Mins Read

    Seperti biasa selepas bajet untuk tahun depan dibentangkan Menteri Kewangan, bertambah ramai yang mula berbicara soal kewangan.

    Namun bicara soal kewangan adalah sesuatu yang bukan bermusim pada masa ini memandangkan hal-hal berkaitan kewangan seperti pengurusan kewangan dan aset pelaburan sentiasa menjadi topik yang popular dibualkan.

    Peningkatan kos sara hidup bukanlah sesuatu yang pelik lagi untuk diperkatakan. Nak tak nak kena juga kita hadap.

    Jadi bagaimana?

    Prinsip ukur baju di badan sendiri sangat relevan. Bermakna dalam membuat keputusan berkaitan kewangan, lihatlah dulu keadaan kewangan kita.

    Soal Kewangan untuk Semua

    Soal kewangan ni bukanlah sesuatu yang terhad hanya untuk golongan atau usia tertentu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini juga saya dah menguruskan beberapa jualan rumah untuk golongan muda. Ada juga rumah yang berjaya saya jualkan kepada yang berniaga dari rumah sahaja.

    Persamaan mereka ialah – mereka ada pengurusan kewangan yang baik. Salah satunya ialah mereka berhemah dalam perbelanjaan dan ada sistem rekod kewangan yang teratur. Jadi tidak mustahil untuk sesiapa sahaja memperoleh aset sendiri dengan syarat mesti ada iltizam untuk menguruskan kewangan dengan baik.

    Berpijak Pada Realiti

    Lihat dulu pada diri kita sendiri. Ada sedikit buat cara sedikit, ada banyak buat cara banyak. Jangan kita lihat cara orang lain berbelanja. Mungkin kita tengok dia cool bermewah-mewahan, sedangkan kita tak tahu dia mungkin ada saham atau aset yang berjuta-juta nilainya.

    Jadilah seorang yang realistik. Cuba semak nilai yang ada dalam akaun – berapa yang ada? Semak semula sumber kewangan yang kita ada.. berapa yang boleh dibelanjakan? Berapa yang perlu disimpan? Berapa yang boleh dilaburkan? Setiap sen yang anda ada adalah bernilai.

    Mulakan Tabiat Positif

    Jadikan keadaan kewangan yang kita ada pada hari ini menjadi pemangkin kepada tabiat positif dalam diri kita. Berhenti menyalahkan orang lain. Lihat semula keadaan kewangan kita dan mulakan langkah dalam menguruskan kewangan dengan baik.

    Pelaburan yang paling baik untuk diri sendiri adalah ilmu pengetahuan. Keluarkan beberapa puluh ringgit untuk anda membeli buku-buku pengurusan kewangan atau hadiri kelas-kelas kewangan DIY yang harganya berpatutan. Atau jika memang tiada bajet untuk itu, buka Internet dan cari tips kewangan.

    Kita ada banyak pilihan dalam perbelanjaan harian kita. Jangan berbelanja ikut kemahuan. Banyakkan berjimat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    Ada bonus? Tiada bonus?
    Cukai naik? Cukai turun?
    Tol naik? Tol turun?

    Apa sahaja yang berlaku, kita tetap pada prinsip dan matlamat kewangan kita. Mungkin ada nilaian yang perlu kita ubah tapi di dalam rangka strategi kewangan yang telah kita tetapkan.

    Kita punya tanggungjawab pada diri kita dan keluarga kita. Ukurlah baju di badan sendiri.

    Share. Facebook Twitter
    Nasrul Hanis

    Menulis dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Reflektif kehidupan, pemikiran, teknologi, isu semasa dan nilai di sebalik peristiwa.

    Artikel Berkaitan

    Pasaran Hartanah 2024: Rekod Meningkat, Masa Untuk Pertimbangan Pelaburan

    February 26, 2025

    Wanita Bijak, Keluarga Sejahtera: Hadiahkan Ilmu Kewangan Kepada Wanita Tersayang

    February 19, 2025

    KWSP Umum Dividen 5.35% Simpanan Konvensional & 4.75% Simpanan Shariah

    March 4, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini
    • Gerhana 3 Mac 2026: Saat Langit Mengajar Kita Tentang Kebesaran Alam
    • Marhaban Ya Ramadhan 1447H/2026M: Datang Membawa Cahaya, Jiwa Disambut Dengan Harapan
    • Pengalaman Pertama Menyertai PEHAM Pickleball Championship 2026
    • Pentas Mega Hartanah 2026: Pengalaman, Kesedaran dan Strategi Saya Sebagai Ejen Hartanah
    • Hadis Lalat Masuk Dalam Minuman: Apa Kata Sains Tentang “Tenggelamkan Dulu”?
    Pengakuan

    NasrulHanis.com dimiliki oleh Nasrul Hanis selaku pembangun dan penulis artikel di dalam blog ini. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan maklumat dari blog ini.

    Pautan

    Alam Bisnes | Hartanah Di Sini | Alam Harta Realty

    Bacaan Motivasi

    Bacaan motivasi ringan, santai penuh pengajaran, INSPIRASI: The Inspirizer menghimpunkan 26 kisah benar dan kata-kata hikmah dalam bentuk komik ilustrasi menarik yang mudah difahami dan dekat dengan realiti hidup; klik sini untuk dapatkan sekarang

    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    © 2026 NasrulHanis.

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.