Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya siapakah gerangan Ali Banat ini. Beliau ialah seorang jutawan dari Sydney, Australia yang telah menghadap Ilahi pada 29 Mei 2018 yang lalu pada usia 32 tahun setelah 3 tahun disahkan menghidap kanser tahap 4.
Ali Banat melalui telah melalui kehidupan yang serba mencukupi termasuklah memiliki kereta-kereta dan barangan mewah. Namun segalanya berubah apabila beliau disahkan menghidap kanser. Pada masa itu beliau mula memikirkan semula akan natijah hidupnya. Saksikan sesi temuramah beliau bersama Mohamed Hoblos melalui video berikut.
Ali Banat telah mengasaskan Muslims Around The World (MATW) yang bertujuan membantu Muslim yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Walaupun dijangka boleh hidup hanya selama 7 bulan, beliau berjaya bertahan selama 3 tahun selepas dimaklumkan menghidap kanser.
Saksikan juga mesej terakhir Ali Banat melalui video ini yang ingin dikongsinya dengan masyarakat setelah pemergiannya.
Kamu adalah inspirasi dunia wahai Ali Banat. Semoga kamu ditempatkan bersama para solihin.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu ‘anhu.