Mesyuarat Agung Tahunan PEHAM Ke-9: Dipilih Sebagai Timbalan Presiden

Nasrul HanisAktiviti 1 Comment

Alhamdulillah telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) Ke-9 bertempat di Nafoura, Shaftsbury Putrajaya.

AGM pada kali ini juga telah mengadakan pemilihan untuk kepimpinan baharu bagi sesi 2023/2025. Saya telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu. Bermulalah lembaran baharu dalam tugasan saya di dalam jawatankuasa persatuan setelah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha dari 2016 sehingga 2017 dan sebagai Setiausaha semenjak 2017 sehinggalah pemilihan yang baru sahaja berlalu ini.

Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa bagi sesi 2021/2023 yang lalu atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Tahniah kepada Presiden PEHAM yang baru Sr Idzwan Izuddin Shah dan kepimpinan sesi 2023/2025. Semoga boleh membawa persatuan ini ke arah yang lebih cemerlang dan memberi manfaat kepada industri hartanah InsyaAllah.

Maju Bersama PEHAM!

Comments 1

  1. Pingback: Retreat di Hotel Quayside: Nikmatnya Pemandangan Sungai Melaka | Nasrul Hanis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *