Pertama Kali Solat di Masjid MADAD

Nasrul HanisIslam Leave a Comment

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan buat pertama kali bersolat di Masjid Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang terletak di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Dengan senibina yang unik, masjid ini menawarkan ruang solat yang selesa untuk para jemaah.

Masjid turut memiliki hotel kapsul untuk musafir menginap secara percuma, perpustakaan dan taman permainan kedap bunyi untuk kanak-kanak di dalam masjid.

Ramai yang berkunjung ke kawasan masjid ini walaupun kawasan ini belum siap sepenuhnya. Dibangunkan di kawasan seluas 13 hektar sejak 2018 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun akhir 2025, kawasan MADAD ini akan dilengkapi dengan pusat tahfiz, pusat pengurusan jenazah, rumah warga emas, gelanggang futsal dan juga Taman Kucing untuk kucing jalanan yang terbiar,

MADAD ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Dakwah Darul Murtadha diasaskan oleh abang Ustaz Mohammad Ya’akub Yusra iaitu Allahyarham Ustaz Murtadha Mohd Yusof pada Januari 2018 di Kampung Teluk, Sungai Petani.

Subhanallah terasa kagum dengan MADAD yang membangunkan kawasan ini. Saya mendoakan agar perancangan murni ini berjaya dilaksanakan dan seterusnya memberi inspirasi kepada masjid-masjid dan juga pembangunan Muslim yang lain InsyaAllah.

Laman web MADAD boleh dilayari melalui madadcentre.com.

Rujukan

  1. Nur Syahirah Zainoor Hisham, SiakapKeli.my. Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD
  2. Mohammad Arif Nizam, Malaysia Gazette. Masjid Madad produk pelancongan Islam baharu di Kedah
  3. Nurulfatiha Muah, Sinar Harian. Selepas pendidikan percuma, MADAD bakal buka masjid lengkap dengan kapsul hotel tanpa bayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *