Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei

Nasrul HanisSukan Leave a Comment

Perasaan bercampur baur menonton siaran langsung sidang media persaraan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Sedih juga memikirkan negara akan kehilangan tonggak dan antara calon untuk medal emas Olimpik Tokyo 2020 nanti namun ini adalah keputusan yang harus dilakukan kerana kesihatan beliau seharusnya menjadi keutamaan.

Dalam masa yang sama inilah peluang beliau untuk memberi fokus kepada keluarga. Sudah sekian lama Datuk Lee Chong Wei menabur bakti kepada negara dan menghabiskan kehidupannya di dalam gelanggang latihan dan perlawanan.

Persoalan seterusnya ialah samada akan ada pemain pelapis negara yang dapat menandingi rekod kejayaan beliau yang luar biasa. Bukan mudah untuk memperoleh rekod seperti yang telah dilakarnya dan sudah pasti memerlukan pengorbanan dan keringat yang bukan sedikit jumlahnya.

Semoga para pemain badminton negara dapat mengambil inspirasi dari kejayaan beliau. Saya yakin pasti akan ada yang mengikut jejak langkahnya mengharumkan nama negara di persada dunia. Bagi kita yang bukan pemain badminton profesional ini, ketabahan dan kesungguhan beliau seharusnya memberi inspirasi untuk kita berjaya di dalam bidang masing-masing.

Saya setuju dengan apa yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kejayaan terbesar Datuk Lee Chong Wei ialah menyatukan semua kaum di Malaysia melalui sukan.

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei!

Sumber Rujukan

  1. BERNAMA. Kejayaan terbesar Chong Wei berjaya satukan rakyat melalui sukan – TPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *