Apa Itu Coronavirus & Langkah Pencegahan

Nasrul HanisKesihatan Leave a Comment

Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan selesema sehingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesis virus baru yang belum pernah ditemui manusia.

Kita harus sentiasa bersiap-sedia untuk bersama mengekang wabak ini. Berikut adalah penjelasan ringkas mengenai simptom-simptom Coronavirus & bagaimana kita boleh mengelakkan diri dari dijangkiti.

Simptom-Simptom Coronavirus

Simptom-simptom coronavirus kebiasaannya termasuk:

  • Batuk / sakit tekak
  • Kesukaran bernafas
  • Hidung berair (hingus)
  • Berasa penat
  • Demam panas

Bagaimanakah Coronavirus Merebak?

Novel coronavirus merebak melalui titisan apabila seseorang batuk atau bersin di mana titisan tersebut boleh merebak ke mana-mana permukaan dan lalu disentuh pula oleh orang lain. Individu boleh dijangkiti virus tersebut apabila mereka menyentuh bahagian mulut, hidung dan mata dengan tangan yang telah dijangkiti.

Individu dari semua peringkat umur berisiko untuk dijangkiti novel coronavirus. Tambahan pula, suruhanjaya kesihatan Wuhan telah memaklumkan dalam satu kenyataan di mana 60 kes baru-baru ini melibatkan individu berumur antara 15 hingga 88 tahun. Malah, individu yang mempunyai imun sistem yang lemah turut berpotensi untuk dijangkiti novel coronavirus.

Antara Kaedah Pencegahan

  • Memakai topeng muka dengan betul
  • Masak daging dan telur dengan sempurna
  • Kerap mencuci tangan
  • Mengelakkan sentuhan dengan individu yang didapati mempunyai simptom
  • Menutup hidung dan mulut ketika bersin atau batuk
  • Sentiasa memastikan peralatan seperti telefon dalam keadaan bersih

Semoga kita sentiasa dilindungi dari wabak yang berbahaya ini. Amin.

Rujukan

  1. Ilah Hafiz Aziz , BH Online. Tiga langkah lindungi diri daripada coronavirus.
  2. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. COVID-19 (Infografik).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *